Entry | Pageviews | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nov 19, 2008, 8 comments
|
11750
| |||||||||
Oct 22, 2008, 1 comment
|
4600
| |||||||||
May 13, 2008, 2 comments
|
3558
| |||||||||
Jul 15, 2008, 1 comment
|
3470
| |||||||||
Jul 11, 2008
|
2805
| |||||||||
Jun 4, 2009
|
1784
| |||||||||
1402
| ||||||||||
Sep 11, 2011, 3 comments
|
601
| |||||||||
Tuesday, November 19, 2013
Statistik pageviews
STRATEGI SURVIVAL MELAYU DAN BUMIPUTERA
Pendahuluan
Politik
Semenjak
Perikatan/ Barisan Nasional ditubuhkan, kuasa Melayu yang diwakili oleh UMNO
telah menjadi kuasa teras dalam pakatan politik yang dianggotai oleh pelbagai
etnik. Melalui kuasa teras ini, walaupun etnik Melayu hanya diwakili oleh UMNO
dalam Barisan Nasional, namun ia dapat menguasai kerajaan dan menjadi kuasa
penentu. Melalui juga, kerajaan dapat merancang dan melaksanakan segala dasar
dan program bagi memperkukuhkan survival Melayu di negara ini. Formula politik perkongsian
kuasa yang diamalkan oleh Barisan Nasional telah dapat menangani ketegangan
politik yang berlaku dan seterusnya dapat membantu menstabilkan keadaan politik
negara. Perkongsian kuasa ini menjadi alat kepada pengurusan konflik yang baik
di Malaysia dan ia diakui adalah antara paling berjaya dalam kalangan negara
dunia ketiga (Jayum A. Jawan, 1994, 45).
Walaupun
semenjak merdeka, Barisan Nasional yang ditunjangi oleh etnik Melayu menguasai
kerajaan tetapi keputusan pilihan raya ke 12 (2008) dan ke 13 (2013), memperlihatkan
kerajaan BN telah hilangan sokongan daripada rakyat pelbagai etnik. Walaupun
daripada kajian yang telah dijalankan, etnik Melayu masih mengekalkan sokongan
mereka kepada UMNO tetapi sokongan etnik Melayu, khususnya generasi muda
terhadap UMNO/BN mula terhakis. Pengundi muda etnik Melayu lebih cenderung
menyokong parti pembangkang sama ada PAS, PKR atau DAP. Manakala pengundi etnik
bukan Melayu, khususnya Cina lebih cenderung menyokong parti pembangkang
seperti yang dizahirkan dalam PRU ke 12 dan 13.[1]
Senario ini membimbangkan etnik Melayu kerana kemerosotan tersebut lambat laun
akan menghakis kuasa Melayu dalam kerajaan.
Ekonomi
Survival Melayu/Bumiputera bermaksud kelangsungan hak
penguasaan dan kedudukan etnik Melayu yang terjamin di negara ini yang
merupakan negara tumpah darah dan warisan nenek moyang mereka yang perlu
dipertahankan. Survival Melayu mesti dipertahankan dan diperkukuhkan dalam
politik, ekonomi, sosial, pendidikan, pembangunan dan sebagainya. Tanpa
pengukuhannya, ia akan memberi kesan langsung kepada kestabilan politik dan
perpaduan kaum. Peristiwa 13 Mei 1969 memberi indikator yang jelas, apabila
etnik Melayu merasakan survival mereka tergugat dan digugat oleh etnik lain, ia
mencetuskan rasa panik dan mewujudkan ketegangan hubungan etnik. Justeru itu,
selepas berlakunya Peristiwa 13 Mei, kerajaan telah mengambil iktibar daripada
peristiwa tersebut dengan mengambil pelbagai langkah proaktif mengukuhkan
survival Melayu/bumiputera di negara ini.
Politik
Kebimbangan tersebut membawa sebahagian daripada etnik
Melayu mengutarakan keperluan pembentukan kerajaan perpaduan yang membawa masuk
parti-parti politik Melayu seperti PAS
ke dalam kerajaan bersama UMNO bagi mengukuhkan kuasa politik Melayu
bagi menghadapi cabaran tuntutan etnik lain. Kedua-dua parti politik Melayu ini
boleh mewujudkan kerja sama demi kepentingan Melayu dan Islam. Cadangan pembentukan
kerajaan perpaduan telah diutarakan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi
Awang selepas PRU 12. Konsep kerajaan perpaduan ialah parti-parti kerajaan dan
pembangkang akan membentuk satu pasukan pemerintahan dalam menguruskan
pentadbiran negara tanpa perlu mengorbankan ideologi parti masing-masing (Amer
Saifude Ghazali et al., 2011).
Dalam PRU 13 (2013), BN sekali
lagi mengalami kekalahan teruk terutama peralihan sokongan majoriti pengundi
etnik Cina kepada parti pembangkang terutama DAP dan PKR. Senario tersebut
digambarkan oleh banyak pengkaji dan penganalisis politik sebagai “tsunami
politik”. Peralihan sokongan etnik Cina terhadap parti pembangkang melahirkan persepsi dalam kalangan etnik
Melayu bahawa undi etnik Cina tidak boleh diharapkan lagi untuk menyokong
kerajaan. Kerajaan yang dipimpin oleh UMNO disarankan lebih memberi perhatian
terhadap tuntutan dan pembangunan etnik Melayu terutama di luar bandar yang
rata-rata masih teguh menyokong BN. Kemerosotan prestasi BN tersebut juga telah
melahirkan kembali cadangan supaya kerajaan perpaduan dapat direalisasikan dan
keperluan mengukuhkan kembali perpaduan Melayu supaya nanti tidak menjadi
seperti “Pak Kadok menang sorak tapi kampong halaman tergadai”.
Walaupun
selepas merdeka pelbagai dasar dan pendekatan telah dilakukan oleh kerajaan
untuk memperkukuhkan pecapaian ekonomi orang Melayu, namun sehingga kini
statistik pencapaian ekonomi orang Melayu masih rendah tidak seperti yang
diharapkan.[2]
Pelaksanaan DEB walaupun berjaya mengurangkan kemiskinan dan ketidakseimbangan
pencapaian ekonomi antara etnik, namun pelaksanaan telah dikritik kerana
membawa kepada peningkatan kos menjalankan perniagaan disebabkan merentir
(rent-seeking), kuasa naungan dan proses perolehan kerajaan yang tidak telus.
Perkara ini membawa kepada penularan gejala rasuah (Model Ekonomi Baru,
UPU). Justeru itu, pendekatan baru yang
telah digubal oleh kerajaan untuk memacu pencapaian ekonomi Malaysia adalah
dengan memperkenalkan Model Ekonomi Baru (MEB). MEB mempunyai matlamat utama
untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara maju yang berpendapatan tinggi
dengan ciri keterangkuman dan kebolehmampanan menjelang tahun 2020.
Walau
bagaimanapun, MEB yang disusun oleh Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN)
telah dikritik beberapa pihak kerana tidak mengutamakan agenda bumiputera.
Setengah pihak menyifatkan dokumen MEB menyerang bangsa Melayu dan DEB. Agenda
MEB dituduh tidak memberi keutamaan kepada bumiputera (Malaysiakini, 29 Mei
2010). Dokumen MEB menyebutkan bahawa penumpuan berlebihan pada pengagihan
sumber berasaskan etnik menimbulkan
jurang keterpisahan dan konflik etnik (Model Ekonomi Baru, UPU). Walau
bagaimanapun MEB ada menyebutkan agenda bumiputera dengan mensasarkan bantuan
kepada isi rumah dalam kumpulan 40 peratus terendah-yang 77.2 peratus daripada
mereka ialah etnik bumiputera di Sabah dan Sarawak.
Pembentangan
Rancangan Malaysia Kesepuluh di Dewan Rakyat pada 10 Jun 2010 masih lagi
meletakkan agenda Melayu/bumiputera sebagai teras strategik ketiga di bawah
tajuk pembangunan sosio-ekonomi secara inklusif. Di bawah teras strategik
ketiga ini, kerajaan tetap meletakkan agenda pembangunan dan penyertaan
bumiputera dalam ekonomi Negara. Melalui agenda ini keutamaan diberikan kepada
aspek meningkatkan keupayaan syarikat bumiputera yang berpotensi dengan
kerajaan menyokong peningkatan keupayaan syarikat tersebut secara optimum. Bagi
memperkasakan agenda pembangunan bumiputera, melalui RMK 10, kerajaan telah
mengenal pasti lima inisiatif untuk dilaksanakan iaitu meningkatkan pemilikan
ekuiti bumiputera melalui penginstitusian, mempertingkatkan pemilikan hartanah
bumiputera, menambahbaik program pembangunan kemahiran dan keusahawanan serta
pembiayaan melalui pelbagai agensi pembangunan bumiputera, membangunkan guna
tenaga professional bumiputera secara lebih tuntas dan menubuhkan satu Majlis
peringkat tertinggi untuk merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan agenda
pembangunan bumiputera (Rancangan Malaysia Kesepuluh, 2011-2015).
Satu
lagi kebimbangan etnik Melayu ialah kebimbangan mereka terhadap implikasi
pelaksanaan perjanjian perkongsian Negara Pasifik atau TPPA (Trans-Pacific
Partnerships Agreement). Matlamat utama TPPA ialah untuk mewujudkan blok
ekonomi Asia Timur yang berkiblatkan Amerika Syarikat bagi mengekang kuasa
ekonomi Cina. Cadangan MITI untuk ikut serta dalam rundingan TPPA telah
menimbulkan kebimbangan daripada orang Melayu mengenai kesannya terhadap
ekonomi bumiputera dan Malaysia. Pelaksanaan TPPA dikhuatiri akan membunuh
semua Industri Kecil Sederhana (IKS) kerana tidak dapat bersaing dengan
standard yang ditetapkan oleh TPPA sendiri. TPPA dilihat sebagai serampang dua
mata untuk menghapuskan DEB apabila peluang perniagaan diliberalisasikan (Utusan
Malaysia, 21 Ogos 2013). Tun
Dr. Mahathir Mohamad turut mengkritik TPPA kerana sebaik kerajaan
menandatangani TPPA, ‘kaki dan tangan Malaysia akan terikat’. Ini kerana
kerajaan tidak akan boleh lagi membuat kawalan modal dan apabila ia berlaku,
Malaysia akan dijajah lagi (ABN News, 13 Julai 2013). Justeru itu, kerajaan
disaran oleh pelbagai pihak untuk mengkaji secara mendalam kesan TPPA terhadap
ekonomi Malaysia pada masa depan. Kesan daripada kritikan tersebut menyebabkan
kerajaan tidak akan menadatangi perjanjian tersebut yang dijangkan akan ditanda
tangani pada Oktober 2013 Utusan Malaysia, 23 Ogos 2013).
Pemarkasaan pendidikan
Peranan kerajaan dalam
melindung dan mempertahankan survival Melayu/bumiputera telahpun dijalankan
semenjak daripada pengubalan Laporan Razak 1956, sehingga kepada penggubalan
Akta Pelajaran 1996 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Akta Pelajaran 1996 melalui Perkara 13 (1) telah menetapkan bahasa
kebangsaan sebagai pengantar utama sistem pendidikan. Kesemua dasar dan Akta
pendidikan yang telah digubal adalah
mengarah kepada pemarkasaan sistem pendidikan kebangsaan dan pengukuhan peranan
bahasa Melayu sebagai medium utama sistem pendidikan dan alat penyatuan kaum
serta pemarkasaan pendidikan agama sebagai asas utama survival ummah.
Dasar dan Akta pendidikan
juga berperanan mengukuhkan survival Melayu/bumiputera. Misalnya Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia, 2013-2025 mengariskan 11 anjakan. Di antara ajakan
tersebut ialah memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa
Malaysia dan Bahasa Inggeris. Anjakan ini dapat dilakukan melalui memantapkan
penguasaan Bahasa Malaysi. Kementerian akan memperkenalkan kurikulum Bahasa
Malaysia yang standard pada peringkat rendah, merangkumi semua sekolah jenis
kebangsaan. Dengan perlaksanaan kurikulum ini, Kelas Peralihan di sekolah
menengah kebangsaan akan dimansuhkan mulai 2017. Kerajaan juga akan
menggalakkan murid mempelajari bahasa tambahan seperti bahasa Cina, India,
Tamil, Arab serta bahasa ibunda yang lain. Manakala melalui anjakan melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati
nilai, PPPM menyatakan;
“bagi memupuk semangat patriotisme
di kalangan murid dalam usaha membina satu identiti nasional yang kukuh dan
jitu, Kementerian akan memperkukuhkan Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan
elemen Sivik menjelang 2017. Pedagogi untuk Pendidikan Islam dan Pendidikan
Moral juga disemak semula untuk melibatkan lebih banyak aktiviti main peranan
(role-play), simulasi, perbincangan dan tugasan dalam kumpulan kecil. Bagi
murid bukan Islam, Pendidikan Moral akan mengandungi pemahaman tentang nilai
teras semua agama utama di Malaysia. Kementerian juga akan mengkaji membolehkan
murid bukan Islam berkongsi kelas yang sama apabila nilai-nilai sejagat
diajar”.
Secara
keseluruhannya PPPM bertujuan untuk meningkatkan mutu pelajaran di sekolah
kebangsaan di mana bahasa pengantarnya adalah bahasa Melayu supaya standing
dengan Negara maju dan menarik minat pelbagai etnik memasukinya. PPPM
dilancarkan pada bulan September 2013. Walau bagaimanapun, sebelum PPPM
dilancarkan, ia telah mendapat bantahan daripada Dong Zhong kerana mendakwa PPPM akan menghapuskan bahasa Mandarin
dan sekolah vernakular. Kenyataan dan penolakan yang dibuat oleh Dong Zhong itu telah dikritik oleh
banyak pihak.
Peranan NGO
Peranan NGO
Melayu/Islam amat penting bagi memastikan segala agenda pembangunan yang
dijalankan di Negara ini menguatkan lagi survival Melayu/Islam. Terdapat
pelbagai NGO yang ditubuhkan dengan matlamat dan pendekatan perjuangan yang
berbeza. Penubuhan pelbagai NGO tersebut menjadi golongan pendesak yang kritis terhadap setiap perkara yang ada
hubungannya dengan etnik Melayu. Mereka akan memastikan setiap langkah dan
pendekatan yang dilakukan tidak merugikan atau membawa implikasi negatif
terhadap survival Melayu. Misalnya, penubuhan Pribumi Perkasa Malaysia atau
Perkasa yang berasaskan kemelayuan yang disertai oleh orang Melayu tanpa
mengira fahaman politik mereka. Matlamat penubuhan Perkasa adalah untuk
mempertahankan hak-hak orang Melayu dan bumiputera di dalam Perlembagaan.
Justeru itu, Perkasa sentiasa bersifat kritis terhadap mana-mana pihak yang
menafikan atau melemahkan hak Melayu/bumiputera yang dijamin dalam
Perlembagaan. Misalnya, dalam isu penggunaan kalimah Allah, Perkasa menentang
percubaan mana-mana pihak bukan Islam menggunakan kalimah dalam apa-apa
penerbitan mereka. Begitu juga perkasa lantang mempertahankan kedudukan
raja-raja daripada dicabar atau diperlekehkan mana-mana pihak. Perkasa juga mempertahankan dasar-dasar
pendidikan kebangsaan, terutama menyokong penuh pelancaran Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Manakala
Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) pula yang ditubuhkan pada
tahun 1948 adalah untuk meningkatkan pendidikan dan menjaga kebajikan pelajar
Melayu. Dalam mencapai matlamat penubuhannya, GPMS memperjuangkan agenda Melayu
terutama dalam pendidikan dengan tidak melupakan peranannya memperjuangkan
isu-isu Melayu seperti mempertahankan hak-hak etnik Melayu yang dilindungi oleh
Perlembagaan. Misalnya, GPMS bersama dengan gabungan NGO-NGO Melayu
mempertahankan kenyataan yang dibuat oleh YAA
Dato’ Mohd Noor Bin Abdullah, Bekas
Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia di Wacana Post Morterm PRU-13 : Bicara
Kepimpinan dan Survival Ummah pada 12/5/2013 dalam mempertahankan hak-hak
Melayu dalam Perlembagaan. Pandangan beliau tersebut telah disalah tafsir sehingga
dituduh bersifat perkauman. Gabungan NGO bersama GPMS telah mengeluarkan
kenyataan antara lain berbunyi:
“kenyataan yang dibuat oleh Dato’ Mohd Noor tersebut
telah Kami Gabungan NGO Malaysia ingin mempersoalkan apakah motif Malaysiakini
menyiarkan secara terpilih kenyataan-kenyataan yang diolah seumpama dan
memberikan gambaran seolah-olah YAA Dato’ Mohd Noor Bin Abdullah bersikap
rasis? Adakah seseorang itu menjadi rasis hanya kerana beliau menyatakan
tentang sesuatu yang telah termaktub dalam Perlembagaan? Ataupun pihak yang
menunggu peluang untuk merampas kuasa bagi meminda Perlembagaan itu yang
bersifat rasis?”.
Peranan NGO Melayu dalam mempertahankan
dasar-dasar negara dan Perlembagaan Persekutuan terserlah melalui Kongres
Perdana Mengenai Pendidikan yang dianjurkan oleh Majlis Perundingan Melayu
(MPM) pada 27 Ogos 2013. Kongres tersebut telah mengeluarkan 10 resolusi di
antaranya memberi peringatan kepada kerajaan supaya berhenti menjadi mangsa
peras ugut pihak tertentu. Kongres mahu kerajaan berhenti melayan tuntutan
tidak munasabah dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Mereka mendesak
supaya Perdana Menteri dan Kementerian Pendidikan bersikap tegas dengan
mewujudkan sistem pendidikan tunggal negara ini. Mereka meminta kerajaan jangan
melayan tuntutan Dong Zhong yang dipercayai lebih menjaga kepentingan individu
tertentu dalam pertubuhan berkenaan. MPM mengingatkan semua pihak agar tidak
membiarkan golongan tertentu bermain dengan “bom jangka bersiri’ yang
memporak-perandakan perpaduan nasional dan keutuhan Perlembagaan Persekutuan.
Mereka turut menuntut supaya pihak Kementerian menjadikan bahasa Melayu sebagai
penghantar utama di institusi pengajian awam dan swasta manakala pemberian dana
penyelidikan serta syarat-syarat kenaikan pangkat perlu mengutamakan
penyelidikan dan karya ilmiah dalam bahasa Melayu (Utusan Malaysia, 28 Ogos
2013).
Peranan
Islam
Semenjak kedatangan Islam
ke Malaysia, Islam telah membawa perubahan besar kepada etnik Melayu.
Transformasi besar-besaran yang berlaku kepada tamadun Melayu telah banyak
dibahaskan oleh sarjana seperti Syed Muhammad Naquib al-Attas dan lain-lain.
Perubahan yang besar tersebut telah mengangkat darjat etnik Melayu daripada
bangsa yang tidak mempunyai ketamadunan yang tinggi hingga menjadi bangsa
bertamadun. Semenjak daripada itu, Islam tidak dapat dipisahkan daripada Melayu
sehingga definisi Melayu dihubungkan dengan agama Islam. Semasa Malaysia di
jajah British, penindasan serta perencanaan penjajah yang tidak seimbang,
telah menyebabkan masyarakat Melayu mula memikirkan survival bangsa. Agama
telah menjadi tenaga pendorong dan penguat kepada kesedaran dan perjuangan
orang Melayu. Agama Islam telah menjadi kekuatan untuk orang Melayu
melindungi survival bangsa mereka daripada ancaman penjajah atau golongan lain.
Bertapa kuatnya ikatan orang Melayu dengan Islam mendorong mereka memperjuang
Islam menjadi
menjadi agama bagi Persekutuan semasa proses pembentukan Perlembagaan Negara
dilakukan. Natijah daripada perjuangan tersebut, Islam kemudiannya menjadi
salah satu asas penting Perlembagaan Persekutuan.
Kedudukan yang diberi oleh Perlembagaan
tersebut telah membolehkan ajaran Islam diperkukuhkan di Negara ini dalam
pelbagai bidang seperti undang-undang, ekonomi, pendidikan, sains dan
teknologi, pembangunan dan lain-lain. Islam telah menjadi asas kepada penyatuan
Melayu, mendidik mereka menjadi bangsa yang tinggi semangat toleransi dan
berbudi bahasa, menjadi tenaga yang dinamis mengerakkan kemajuan Negara dan
menjadi bangsa berfahaman sederhana atau wasathiyyah.
Tanpa Islam, Malaysia tidak akan mencapai ke tahap sekarang dan survival Melayu
akan menghadapi masalah. Peranan yang dimainkan oleh Islam menyebabkan banyak
percubaan telah dilakukan oleh musuh-musuh Islam untuk memisahkan Melayu
daripada Islam dan mencabar kedudukan Islam yang telah diberikan oleh
Perlembagaan. Sehingga kini percubaan tersebut berjaya ditangkis walaupun ia
datang bertali arus dalam berbagai bentuk dan versi.
[1] Misalnya dalam PRU ke 12, BN
kehilangan majoriti 2/3 kerusi parlimen apabila memenangi 140 kerusi berbanding
82 kerusi oleh pakatan pembangkang yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS.
Pakatan BN dilihat agak goyah apabila pakatan pembangkang hanya memerlukan
antara 30-40 buah kerusi untuk membentuk kerajaan melalui majoriti mudah. Dalam
pilihan raya 2008, prestasi UMNO agak merosot berbanding pilihan raya 2004
apabila memenangi 79 kerusi daripada 117 kerusi yang ditanding (67.5 peratus).
(Amer Saifude Ghazali et al., 2011).
[2] Misalnya pendapatan kasar
bulanan isi rumah purata Bumiputera pada tahun 2007 ialah RM3,158, 2008 RM3,624
berbanding Cina RM4,853 (2007), RM5,011 (2008), India RM3,799 (2007) dan
RM3,999 (2008) (Perangkaan pendapatan dan kemiskinan isi rumah, UPU).
Thursday, November 7, 2013
Aplikasi Maqasid Syariah dalam Hubungan Etnik
Maqasid shariah terdiri
daripada dua perkataan iaitu ”maqasid” dan ”syari’ah”. Kedua-duanya mempunyai pengertian yang
berlainan jika ia didefinisikan secara berasingn. Namun sebagai satu perkataan ”maqasid al
Shari’ah” didefinisikan sebagai berikut: Al-Ghazali mengatakan Maqasid syariah
sebagai objektif dalam kehidupan manusia mencakupi lima perkara iaitu menjaga
agama, nyawa, akal, keturunan dan hartabenda.
Oleh itu apa sahaja yang terkandung dalam penjagaan lima perkara
tersebut adalah maslahah (kebaikan) dan pengabaian terhadapnya membawa kepada
mafsadah (kerosakan). Dr.Wahbah Zuhaili pula berpendapat maqasid syariah
sebagai makna dan matlamat yang dapat diperhatikan di sebalik setiap atau
kebanyakan hukum syarak. Dengan lain
perkataan ianya merupakan objektif syariah dan rahsia (hikmah) yang mana Allah
SWT letakkan pada setiap hukum yang terdapat dalam syariah.
Para ulamak telah membahagikan maqasid syariah kepada
lima:
1.
Memelihara agama
2.
Memelihara nyawa
3.
Memelihara kehormatan atau keturunan
4.
Memelihara akal
5.
Memelihara harta benda
Dalam kontek
hubungan etnik, kelima-lima maqasid syariah ini boleh diaplikasikan bagi
mengukuhkan perhubungan antara etnik.
Menjaga agama dalam konteks hubungan
etnik adalah memastikan kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan
hendaklah sentiasa terperlihara. Tidaklah boleh sekiranya untuk menjaga
hubungan antara etnik, kedudukan dan kepentingan Islam sebagai agama Negara diketepikan
bagi mewujudkan faham kesaksamaan antara kaum dan agama. Ataupun atas dasar
toleransi beragama, maka kita menerima konsep pluralisme agama/menyamakan semua
agama atau melihat bahawa tidak ada mana-mana agama yang mempunyai kebenaran
yang final atau not the sole and exlusive
source of truth, justeru itu, sebahagian kebenaran itu juga dimiliki oleh
agama lain (lihat penerangan mengenai pluralisme agama dalam Budhy Munawar-Rachman, 2010, 3).
Maqasid
syariah, bermakna, umat Islam wajib berpegang kepada faham ekslusif (melihat
Islam hanya satu-satunya agama yang benar) bukan inklusif (berpendapat semua
agama adalah sama) demi menjaga kesucian dan ketinggian agama Islam di Negara
ini. Dengan itu, fahaman pluralisme agama yang cuba diketegahkan oleh
sesetengah pihak adalah bertentangan dengan kehendak maqasid syariah. Toleransi
yang dibenarkan oleh Islam ialah hak anutan dan amalan kepercayaan agama selain
Islam dibenarkan dalam konteks penganut agama itu sendiri. Mengikut
Perlembagaan dan Enakmen Undang-undang Islam, penganut agama lain tidak boleh menyebarkan
pegangan mereka kepada penganut agama Islam (Perkara 11 (4), Perlembagaan
Persekutuan). Umat Islam wajib menyakini bahawa tidak ada agama selain Islam
yang diakui benar, melainkan hanya Islam itu satu-satu agama yang hak, tinggi
dan akui sah oleh Allah. Adalah menepati maqasid syariah, apabila umat Islam
melakukan apa saja tindakan bagi memastikan ketinggian dan kesucian Islam
sentiasa terpelihara dan tidak membiarkan mana-mana anasir merobek kedudukan
tersebut. Manakala penganut agama lain mestilah menghormati kedudukan yang
telah diberi oleh Perlembagaan dan tidak mencabar kedudukan tersebut kerana
sebarang cubaan untuk merungkai kedudukan itu akan membawa kepada konflik
antara agama dan etnik.
Aplikasi
maqasid syariah dalam hubungan etnik dari aspek mengawal nyawa ialah dengan
mempastikan Islam sebagai agama keselamatan, kedamaian dan perpaduan dapat
direalisasikan. Adalah menepati maqasid syariah apabila dasar-dasar kerajaan
yang digubal mengarah kepada perpaduan antara etnik dan mengelakkan permusuhan.
Ciri dan matlamat Islam di atas dapat dicapai melalui penyemarakan faham
kesederhanaan atau wasthiyah sebagai satu pendekatan dalam apa juga bidang di
Negara ini. Segala permasalahan yang berlaku sama ada yang melibatkan hubungan
inter etnik atau intra etnik perlu dilakukan melalui mesyuarah, rundingan dan
dialog berpaksikan kepada ilmu dan hikmah supaya tercapainya titik pertemuan
dan persefahaman. Segala unsur provokatif hendaklah dielakkan di samping sebarang
pertelingkahan tidak harus dipolemikkan. Umat Islam seharusnya menjauhkan diri
mereka daripada unsur-unsur yang membawa kepada pertumpahan darah dalam
menyelesaikan sebarang pertelagahan inter etnik. Semangat Islam yang lebih
menitik beratkan soal keharmonian dan perpaduan terserlah melalui Perjanjian
Hudaibiyah yang dipelopori oleh Nabi Muhammad S.A.W. Perjanjian ini
yang berlaku pada 6 Hijrah memaparkan sikap Islam yang cintakan keamanan dan
berusaha mengelakkan peperangan serta memaparkan sikap toleransi Islam yang
sangat tinggi.
Manakala
aplikasi maqasid syariah dalam konteks hubungan etnik dalam aspek memelihara
keturunan ialah dengan bersungguh-sungguh melaksanakan pelbagai usaha untuk
membangun, memaju dan membebaskan diri daripada kemiskinan, kemunduran dan
kejahilan agar sejajar dengan kedudukan etnik lain. Justeru itu, peruntukan
Perlembagaan yang memberi jaminan terhadap kedudukan istimewa orang Melayu
adalah memenuhi maqasid syariah. Peruntukan tersebut bukanlah bermaksud untuk
meletakkan etnik Melayu lebih agung daripada etnik lain atau mendiskriminasikan
etnik lain. Peruntukan tersebut adalah kaedah yang dirangka dan dipersetujui
bersama untuk memajukan etnik Melayu dalam aspek ekonomi apabila data-data
ekonomi menunjukkan etnik Melayu jauh ketinggalan daripada etnik lain.
Sekiranya peruntukan tersebut tidak ada, nescaya etnik Melayu akan terus berada
dalam kemunduran. Walaupun orang Melayu mendapat keistimewaan seperti yang
termaktub dalam perlembagaan, namun tidak melalui rampasan harta orang bukan
Melayu sebaliknya mendapatkannya dari tambahan kepada ekonomi keseluruhan. Ketidakseimbangan
pencapaian ekonomi jika tidak dibetulkan akan menghasilkan mafsadah yang boleh
mencetuskan konflik etnik seperti mana yang berlaku di negara-negara lain.
Sedangkan mafsadah merupakan perkara yang dituntut oleh Islam untuk
menjauhinya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
PEMBAHARUAN SISTEM PENDIDIKAN TRADISIONAL ISLAM DAN GERAKAN ISLAMISASI ILMU
PEMBAHARUAN SISTEM PENDIDIKAN TRADISIONAL ISLAM DAN GERAKAN ISLAMISASI ILMU Oleh Prof Madya Dr. Abdul Halim Ram...
-
Menurut kamus Oxford Advanced Learner’s, materialisme bererti teori-teori atau kepercayaan bahawa material sahaja yang wujud. Manakala menu...
-
Teori Pemilihan Kerjaya Terdapat pelbagai teori kerjaya yang telah dibangunkan yang menjadi asas pengkaji dalam kajian mereka terhadap bidan...
-
PENDAHULUAN Usaha untuk membina tamadun manusia perlu satu pendekatan yang holistik dan sepadu. Tamadun manusia tidak boleh hanya dibina di ...