Friday, January 10, 2014

CINTA RASUL


 

KENAPA KITA PERLU MEMPERINGATI KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W
 

i.                 Menyemai dan menghidupkan perasaan mahabah cinta Rasul terus wujud dalam diri

ii.               Menanam dan mewariskan perasaan tersebut terus wujud dalam sanubari generasi kita. 

iii.             Islam yang kita anuti hari ini tidak akan wujud jika Nabi Muhammad s.a.w tidak dilahirkan dan diutuskan. Manusia akan sentiasa berada dalam kesesatan buat selama-lamanya. Manusia akan hidup terumbang ambing, kezaliman terus melata, manusia akan melupakan fitrah kejadian mereka, menyelamatkan daripada azab api neraka.
 

iv.             Kelahiran Nabi bermakna kelahiran Islam yang ditunjangi oleh keimanan kepada Allah dalam erti kata yang sebenar. Setelah keimanan kepada Allah dicemari oleh aqidah syirik, menyembah berhala, patung, pemikiran falsafah dan agama samawi yang telah diselewengkan.

v.               Nabi Muhammad membawa risalah yang memandu manusia mengenal Allah dalam erti kata yang sebenarnya. Mentauhidkan Allah daripada segi zat, sifat dan asmaul husnaNya. Mengajarkan kalimah Allah sebagai illah yang berhak disembah dan menghamba abdikan kepada-Nya.


vi.             Kelahiran Nabi membawa din al-Islam yang hanya satu-satunya agama diakui oleh Allah. Menyempurnakan ajaran Nabi terdahulu dari sudut syariat, menyampaikan risalah untuk semua kaum bukan terbatas kepada kaum tertentu seperti pengutusan Nabi-nabi terdahulu. 

vii.            Nabi membawa Islam yang mempunyai ciri-ciri Rahbaniyah, Wasathiyyah, syumuliah, waqiyah. 

viii.          Wasathiyyah bermaksud keadilan, pertengahan, keadilan, toleransi, mudah, adil, saksama, sederhana, terbaik. Dalil wasathiyyah: Hadis Nabi bertanyakan tentang ibadat Nabi. Nabi bersabda “akulah yang paling bertqwa dan takut kepada Allah, tetapi aku berpuasa dan berbuka, aku sembahyang dan tidur dan aku berkahwin, “sesiapa yang tidak suka akan sunnah aku maka ia bukan dari golongan ku”.

ix.             Menghayati dan memahami keperibadian Nabi Muhammad s.a.w.

x.               Meniru dan mengikuti contoh yang unggul yang dimodelkan oleh Nabi dalam semua lapangan hidup. Peniruan tersebut akan menjadikan kita mendapat kebahagiaan, kesejahteraan, ketenangan hati, dimuliakan oleh Allah dan manusia, bersatu padu, keberkatan, nikmat yang berpanjangan, hidayah, kasih sayang daripada Allah, sentiasa berada dalam jalan yang lurus, kesihatan, kesimbangan rohani-material dan yang paling penting dijauhkan dan dibebaskan daripada kemurkaan Allah, azab kubur, mahsyar, neraka dan dimasukkan ke dalam syurga yang penuh kenikmatan.

xi.             Menjadikan Nabi sebagai qudwah hasanah sebagai pemimpin (adil, bertimbang rasa, pemaaf, mengamalkan syura, kehidupan yang sederhana, meletakkan kepentingan ummah daripada diri sendiri, kepimpinan melalui teladan, bersifat tegas dengan orang kafir, berlembut dengan orag Islam, melindungi orang kafir zimmah dll), suami, panglima perang, ahli ibadah (waktu malam qiyamulai), perancang strategi, ahli ekonomi.

xii.            Memahami isi kandungan al-Quran. Kandungan ditafsirkan oleh peristiwa-peristiwa sejarah dalam kehidupan nabi.

Ciri-ciri mencintai nabi:

i.                 Mengikuti jejak langkah, atsar atau sunnah baginda, wajib mahupun yang sunat dalam semua perkara.

ii.               Tidak menentang syariat yang diajarkan oleh Rasulullah dan tidak menghina sunnahnya.

iii.             Menyebarkan sunnah Rasulullah kepada manusia melalui proses pendidikan, pengajaran, fatwa, dakwah, amar ma’ruf dan nahi mungkar.
 

iv.             Membanyak salawat kepada nabi.

-Solawat diambil daripada perkataan “solat” bererti “doa” atau “pujian”

-Solawat kepada Nabi bererti “memohon supaya Allah melimpahkan rahmat, kemuliaan, kehormatan dan kepujian kepada Nabi SAW.

-Ulamak telah menetapkan hukum selawat iaitu wajib membacanya ketika mengerjakan solat ketika tahiyyat awal dan akhir dan setiap kali menyebut SAW.

-Kelebihan salawat Hadis daripada Anas bin Malik

“Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali maka Allah akan bersalawat baginya sepuluh kali dan digugurkan 10 kesalahananya (AR-Nasai, Ahmad, hadis Sahih)

-“Orang bakhl ialah mereka yang apabila menyebutkan namaku, mereka tidak bersalawat (HR-Tirmizi-Sahih).

-Hadis Nabi “orang yang paling dekat dengan baginda pada hari kimat adalah orang yang paling banyak membaca salawat kepadanya”.

-Kata Saidina Ali “Setiap doa antara seorang hamba dengan Allah selalu dihalang oleh hijab sehingga beliau mengucapkan salawat kepada Nabi”.

“sesiapa yang melakukan solat dan tiada membawa salawat kepadaku dan ahli keluargaku, tidak akan diterima solatnya (Sunan al-Darquti).

v.               Mencintai ahli baitnya.

-Rasulullah bersabda “Cintai Allah atas limpah rahmatnya kepada kamu, cintai aku kerana kecintaan kepada Allah dan cintai ahli baitnya kerana kecintaan kamu kepada aku”.

 

 

Rusuhan Kaum 1964

Laporan dari salah satu Fail British, Foreign and Commonwelth Office iaitu FCO 24/480 1968/1969 telah menganalisis berkaitan pertentang...