Thursday, May 15, 2014

MENGHAYATI PERISTIWA ISRA’ DAN MIKRAJ


                                MENGHAYATI PERISTIWA ISRA’ DAN MIKRAJ

(Berasaskan kitab karangan   Syekh Muhammad Mutawalli Sya’rawi)
  

Peristiwa Sebelum Isra’

I.                 Penentangan kafir Qurish kepada dakwah Rasulullah dalam bentuk membuat keraguan kepada pengikutnya bahawa Nabi bukan seorang Rasul.

II.               Menyiksa pengikut Nabi dan Nabi melalui lemparan debu, najis, pembokoitan terhadap bani Muttalib dan bani hashim oleh kafir Qurish- sehingga orang Islam makan dedaunan kering.

III.             Abu Talib dan Siti Khadijah yang melindungi Nabi telah meninggal dunia

IV.            Nabi berhijrah ke Taif tetapi telah dilontar dengan batu sehingga berdarah kaki nabi. Nabi berdoa kepada Allah: “..Aku berlindung dengan nur wajah-Mu yang menerangi kegelapan. Maafkanlah perkara dunia dan akhirat yang akan menurunkan murka-Mu disebabkanku atau lepaskanlah kemurkaan-Mu padaku….

V.              Apabila penduduk bumi tidak menghiraukannya, maka kerajaan langit memberikan penghormatan kepada baginda.

Bila berlakunya peristwa Isra’

Ulamak berselisih pendapat- ada mengatakan peristiwa tersebut berlaku setahun sebelum hijrah, ada mengatakan 8 bulan sebelum hijrah dan setengah mengatakan11 bulan sebelum hijrah.

Bulan berlaku Isra’ – pendapat yang masyur bulan Rejab seperti yang disebutkan oleh Imam Nawawi.

Malam terjadinya- setengah mengatakan pada malam Sabtu, 27 Rabiulawal. Ada mengatakan pada hari Isnin, ada berpendapat pada malam jumaat.

1.     Tempat Nabi di Isra’kan: di Mekah. Terdapat khilaf ulama’ mengenai tempat baginda diisra’kan, setengah mengatakan antara maqam Ibrahim dengan telaga zam-zam, ada mengatakan di Hijr Ismail, di rumah Nabi atau di rumah Ummu Hani.

iii. ISRA’ DAN MIKRAJ MERUPAKAN MUKJIZAT
             
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

a.      Perkataan “subhanallazi”: “Maha Suci Allah” bermaksud: Allah bersih dari sesuatu yang semisal dengan-NYa, baik dalam sifat, perbuatan atau zat.


-Apabila Allah hendak melakukan sesuatu perbuatan, maka tidak mungkin disamakan dengan perbuatan manusia. Bahkan perbuatan Allah di luar kemampuan aqal manusia.


-Perbuatan Allah di luar aturan alam seperti mukjizat Nabi Ibrahim tidak terbakar dalam api yang besar. Allah menjadikan api tidak membakar Nabi Ibrahim walaupun akal mengatakan api pasti membakar nabi Ibrahim (surah al-Anbiyaa’;69).
 

b.     Subhanallazi asra biabdihi lailan                                              

-Ayat ini menunjukkan bahawa mukjizat Isra’ dan mikraj itu adalah dari perbuatan Allah dan bukanlah sebab kesempurnaan kekuatan Rasulullah.

-Rasulullah tidak mengatakan bahawa dia berjalan pada malam tersebut tetapi baginda mengatakan Allah telah “menjalankannya pada malam tersebut”.


c. “Isra biabdihi

-Perkataan “abdihi” menunjukkan Allah memperjalankan Rasulullah dengan jasad dan ruhnya, bukan dalam keadaan tidur. Perkara tersebut berlaku secara hakiki. Hamba merujuk kepada jasad dan ruh. Jika berlaku secara ruh atau mimpi maka tidak berlaku diialog secara langsung antara Rasulullah dengan Allah.

-Allah memperjalankan Rasulullah dengan “buraq” yang dapat membelah langit. Gambaran Buraq mengikut Hadis: “apabila meletakkan kakinya di penghujung penglihatan matanya”, “mempunyai sayap” “sanad yang lemah daripada Ibnu Abas “dia mempunyai pipi seperti pipi manusia, bulu leher seperti bulu leher kuda, kaki seperti kaki unta”.

- Perkataan “Buraq” diambil daripada perkataan “bariq” atau al-Barq bererti “kilat” kerana ia berjalan dengan cepat.
 

c.      Lailam”

-Berlaku pada waktu malam tidak pada waktu siang.
-Sebab berlaku pada waktu malam kerana Isra’ dan mikraj merupakan persoalan keimanan.
-Banyak mukjizat para nabi dapat dilihat oleh manusia seperti terbelahnya lautan Merah, tenggelamnya Firaun namun di kalangan mereka tetap kafir menjadikan patung sebagai sembahan mereka.

d.     minal masjidil haram ila masjidil aqsa
-“Masjid” bererti tempat sujud. Masjidilharam sudah ada sebelum nabi  diturunkan di bumi. Nabi Ibrahim membina kembali Masjidilharam. Allah perintahkan beliau membawa nabi Ismail dan Siti Hajar ke Mekah supaya manusia mengetahui kewujudan masjidil haram.

-Aqsa bermakna “jauh”. Ia merupakan tempat yang paling jauh ditempuhi para kafilah sebelum Islam.

e.      Barakna haulahu

-Barak beraksud keberkatan, iaitu sesuatu yang diberikan melebihi daripada apa yang sudah ada.
-“keberkatan di sekelilingnya” bermaksud terdapat dua keberkatan, iaitu keberkatan material yang bersumber dari bumi seperti buah-buahan dan keberkatan agama bagi yang tinggal di sana.

     f. “Min ayatina

-Tanda-tanda yang menunjukkan mukjizat yang Allah berikan untuk para nabinya untuk menetapkan kebenaran dakwah mereka.
-Tanda yang dilihat oleh Rasulullah ada dua, 1) yang berada di bumi iaitu yang dilihat semasa perjalanan Isra’nya, 2) Tnda-tanda yang berada di langit semasa Mikraj.

g. “Innahu hua samiul basir

-Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar dan Maha Melihat”
-Maha mendengar dari semua perkataan dan Maha melihat dari semua perbuatan. Allah Maha mendengar perkataan Rasulullah dan Maha Melihat semua perbuatannya. Dia juga Maha Mendengar semua perkataan musuh dan Maha melihat semua perbuatan musuhnya.


iv. PENGAJARAN ISRA’ DAN MIKRAJ’

1.     Rasulullah menjadi imam sembahyang bagi semua para Nabi dan Rasul di Baitul Muqadis.

2.     Rasulullah memilih susu daripada arak. Susu memperlihatkan sifat fitrah manusia (ketika masuk dalam Masjidil aqsa)

3.     Rasulullah melihat Adam pada langit pertama, Yahya dan Isa pada langit kedua, Yusuf (3), Idris (4), Harun (5), Musa (6), Ibrahim (7). Susunan kedudukan Nabi tidak menunjukkan keutamaan. 

4.     Rasulullah melihat kaum yang menanam dalam satu hari. Ketika mereka menuai, maka ketika itu juga kembali tumbuh dan tuai lagi. Rasulullah bertanya kepada Jibrail “mereka itu adalah mujahid yang berjuang di jalam Allah. Pahala mereka telah dilipatgandakan sebanyak 700 kali ganda.
 

5.     Rasulullah melihat wanita tua yang lemah dan payah untuk menghayunkan kedua lengannya dan ia mengenakan berbagai perhiasan. Jibril menjawab “inilah dunia”. Penyerupaan ini membawa makna hakikat sebenar dunia yang telah menipu manusia. Penyerupaan dunia dengan seorang wanita tua yang lemah menunjukkan umur dunia ini yang tidak panjang dan pandek.

 

6.     Rasulullah melihat beberapa orang yang memukul kepalanya dengan batu, sehingga mengalir darah darinya. Kemudian kembali memukul kepalanya dengan batu. Seterusnya begitu di ulang-ulang. Jibrail menjawab:mereka itu orang-orang yang sangat berat kepalanya untuk melakukan sembanyang wajib”.

 

 

7.     Rasululullah melihat kaum yang memotong lidahnya dan bibirnya dengan gergaji. Ketika telah terpotong, maka lidah dan bibirnya kembali seperti sebelumnya. Jibril menjawab “ mereka adalah para khatib yang berkata akan sesuatu yang tidak mereka kerjakan”.

 

8.     Rasululullah menerima kefarduan solat 5 waktu di sidratul muntaha setelah berulang kali meminta pengurangan daripada 50 waktu sehingga menjadi lima.  Sehingga Allah berfirman :

“Wahai Muhamad, sesungguhnya aku fardukan hanyalah 5 waktu sehari semalam. Setiap sembahyang fardu dganjarkan dengan 10 ganjaran… “sesiapa yang berniat melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya, nescaya dicatat satu kebaikan baginya, jika dia melaksanakan, maka dicatat 10 kebaikan baginya. Sebaliknya sesiapa yang ingin melakukan kejahatan, tetapi tidak melakukan, nescaya tidak sesuatupun dicatat baginya. Seandainya dia melakukannya, maka dicatat 1 kejahatan baginya” (Hadis riwayat Anas bin Malik)

 

h. Rasulullah kembali ke mekah pada waktu subuh. Ketika waktu subuh, baginda menceritakan apa yang dilalui kepada penduduk Mekah. Ketika orang musyrik mendengar apa yang baginda sampaikan, mereka mendatangi Abu Bakar dan mereka berkata” Wahai Abu Bakar, apakah engkau percaya apa yang telah disampaikan oleh sahabatmu. Abu Bakar berkata “Jika Muhammad berkata demikian, maka sesungguhnya dia benar, dan kami percaya dengan khabar yang lebih daripada itu. Kami mempercayai khabar langit yang ia sampaikan”.

 

 

 

 

Rusuhan Kaum 1964

Laporan dari salah satu Fail British, Foreign and Commonwelth Office iaitu FCO 24/480 1968/1969 telah menganalisis berkaitan pertentang...