Thursday, September 30, 2010

Blog ini sudah lama tidak diselenggara. Menulis ada pasang surutnya. Apabila lama berehat dari menulis, untuk memulakan penulisan baru, terasa berat sekali. Ia berlaku disebabkan ketandusan idea atau terputus dari momentumnya. Selepas lama berehat, saya mula mengagahkan diri untuk memulakan penulisan saya, terutama untuk menghabiskan bab empat draf tesis PhD. Selalunya meja study berserabut dengan buku-buku dan bahan-bahan yang diperlukan. Namun, menjelang hari raya yang lepas, meja study telah dikemas rapi oleh anak. Semua buku disimpan dan disusun rapi oleh anak perempuan saya. Keadaan ini mempengaruhi mood penulisan saya. Saya perlu mencari-cari di mana bahan itu diletakkan yang selalunya bertaburan di atas meja dan saya lebih suka keadaan itu.
Selepas cuti panjang hari raya, kosentrasi saya ditumpukan untuk pembentangkan kertas kerja di Persidangan Antarabangsa Islam dalam Masyarakat Malaysia, anjuran Jabatan sejarah, UM, di mana saya salah seorang Pembentang kertas kerja, AJK Persidangan dan mempengerusikan sesi pembentangan kertas kerja tersebut. Saya diberi kepercayaan menyediakan sebahagian teks ucapan Menteri, satu tugas yang agak mencabar bagi mencari idea yang selaras dengan tema persidangan dan memberi kesan kepada kelayak.
Pada 15 hb. Oktober nanti, saya akan ke London bersama rakan untuk mencari bahan penyelidikan bagi memperkukuhkan kajian di Public Record, selama 20 hari. Ini adalah pengalaman pertama ke negara Eropah. Walaupun memakan perbelanjaan yang agak besar juga menggunakan wang poket sendiri, namun pengorbanan tersebut perlu dilakukan sekiranya kita hendakkan hasil yang terbaik. Terima kasih kepada Penyelia saya yang beriya-iya menolong untuk mendapatkan grant bagi mencapai tujuan tersebut. Tapi saya tegaskan kepadanya, biarlah saya berkorban sedikit. Setiap hari berdoa moga Allah memudahkan perjalanan itu dan menganugerahkan rezeki yang tidak putus-putus. Alhamdulillah, Allah mendengar rintisan hambanya dan "memberikan rezeki" dari punca yang tidak disangka-sangka. Semuanya adalah perancangan Allah jua.

Rusuhan Kaum 1964

Laporan dari salah satu Fail British, Foreign and Commonwelth Office iaitu FCO 24/480 1968/1969 telah menganalisis berkaitan pertentang...