Friday, February 19, 2010

Gaya (bukan nama sebenar) sudah lama saya tidak ketemui. Sejak neneknya meninggal dunia, beliau keluar dari kampong dan akhirnya berkahwin serta dikurniakan tiga orang anak. Kehidupan Gaya penuh onak dan duri. Semenjak dari kecil, kedua ibu bapanya meninggal dunia, kemudian dipelihara oleh neneknya. Apabila neneknya meninggal dunia, adik beradiknya membawa haluan masing-masing. Rumah pusaka di kampong terbiar, kemudiannya runtuh dimamah anai-anai.

Apabila Gaya berkahwin dia membawa diri ke Selatan tanah air. Bertahun-tahun kami tidak mendengar khabar berita darinya. Suami Gaya bukanlah lelaki bertanggunjawab. Malas bekerja, hanya mengharap duit isteri. Pun begitu suaminya berkahwin satu lagi.

Kehidupan Gaya memang susah, tambahan pula penyakit asmanya banyak mempengaruhi aktiviti kehidupannya. Kesusahan hidupnya menyebabkan beliau terpaksa menyerahkan anak kedua yang masih kecil kepada orang lain. Semasa anaknya masih kecil, memang ada Gaya menzirahi anaknya itu supaya hubungan antara anak dengan ibu tidak putus.Malangnya hubungan antara beliau dengan anaknya itu menjadi terputus apabila ibu bapa angkat anaknya itu berpindah tanpa diketahui oleh Gaya. Gaya tidak tahu di mana mereka tinggal.

Hampir dua puluh tahun Gaya tidak menemui anaknya. Naluri keibuan Gaya untuk menemui anaknya dan memberi tahu kedudukan sebenar tidak pernah padam dari ingatan Gaya. Dia benar-benar ingin bertemu anaknya dan menatap wajah anaknya walaupun seketika. Lebih-lebih lagi, sejak akhir-akhir ini penyakit asmanya semakin serius. Bukanlah niat Gaya hendak merampas anaknya itu dari keluarga angkat anaknya. Cuma hendak memberi tahu hakikat sebenar, kerana ia mempunyai implikasi hukum, terutama jika anaknya itu ingin berkahwin.

Keinginan Gaya yang memuncak untuk menemui anaknya itu menyebabkan Gaya mengiklankan dalam akhbar untuk mencari anaknya itu. Akhirnya anaknya itu dapat dikesan melalui teman-teman yang mengenali beliau. Gaya berusaha untuk menghubungi anaknya itu tetapi malangnya anaknya belum bersedia menerima kenyataan bahawa beliau adalah anak angkat. Ini kerana anaknya telah didik semenjak dari kecil lagi bahawa ibubapa angkatnya adalah keluarganya yang sebenar. Bahkan sijil kelahiran telah diubah dengan berbintikan bapa angkatnya.

Walaupun Gaya agak sedih menerima kenyataan tersebut, namun Gaya berharap satu hari nanti anaknya itu akan menerima hakikat bahawa dia adalah ibunya yang sebenar. Gaya amat berharap dapat bersua muka dengan anaknya itu walaupun seketika. Bukan tujuan Gaya untuk menumpang kejayaan hidup anaknya. Cuma kesempatan tersebut untuk Gaya gunakan untuk memberi tahu keadaan yang sebenarnya berlaku. Kepada anak tersebut ingatlah pesan Rasulullah "melihat wajah ibu dengan penuh perasaan penuh kasih sayang sama pahalanya dengan pahala haji yang mambrur" "reda Allah terletak di atas keredaan ibu bapa".

Saturday, February 6, 2010




Di hadapan rumah saya terdapat zon hijau yang menjadi benteng antara kawasan rumah dengan kilang kongkrit. Pepohonan yang menghijau menyejukan mata melihat terutama di waktu pagi. Malangnya beberapa hari lalu ia terbakar, bermula dari arah kilang bersebelahan. Mungkin di sebabkan cuaca panas atau kecuaian manusia, Allahua'lam. Bomba datang setengah jam kemudian, setelah hampir seluruh kawasan tersebut dijilat api. Mungkin ia mengambil masa puluhan tahun untuk kembali kepada keadaan asalnya.






PEMBAHARUAN SISTEM PENDIDIKAN TRADISIONAL ISLAM DAN GERAKAN ISLAMISASI ILMU

PEMBAHARUAN SISTEM PENDIDIKAN  TRADISIONAL ISLAM DAN GERAKAN ISLAMISASI ILMU                    Oleh Prof Madya Dr. Abdul Halim Ram...