KENAPA KITA PERLU
MEMPERINGATI KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W
i.
Menyemai
dan menghidupkan perasaan mahabah cinta Rasul terus wujud dalam diri
ii.
Menanam
dan mewariskan perasaan tersebut terus wujud dalam sanubari generasi kita.
iii.
Islam
yang kita anuti hari ini tidak akan wujud jika Nabi Muhammad s.a.w tidak
dilahirkan dan diutuskan. Manusia akan sentiasa berada dalam kesesatan buat
selama-lamanya. Manusia akan hidup terumbang ambing, kezaliman terus melata,
manusia akan melupakan fitrah kejadian mereka, menyelamatkan daripada azab api
neraka.
iv.
Kelahiran
Nabi bermakna kelahiran Islam yang ditunjangi oleh keimanan kepada Allah dalam
erti kata yang sebenar. Setelah keimanan kepada Allah dicemari oleh aqidah
syirik, menyembah berhala, patung, pemikiran falsafah dan agama samawi yang
telah diselewengkan.
v.
Nabi
Muhammad membawa risalah yang memandu manusia mengenal Allah dalam erti kata
yang sebenarnya. Mentauhidkan Allah daripada segi zat, sifat dan asmaul
husnaNya. Mengajarkan kalimah Allah sebagai illah yang berhak disembah dan
menghamba abdikan kepada-Nya.
vi.
Kelahiran
Nabi membawa din al-Islam yang hanya satu-satunya agama diakui oleh Allah.
Menyempurnakan ajaran Nabi terdahulu dari sudut syariat, menyampaikan risalah
untuk semua kaum bukan terbatas kepada kaum tertentu seperti pengutusan
Nabi-nabi terdahulu.
vii.
Nabi
membawa Islam yang mempunyai ciri-ciri Rahbaniyah, Wasathiyyah, syumuliah,
waqiyah.
viii.
Wasathiyyah
bermaksud keadilan, pertengahan, keadilan, toleransi, mudah, adil, saksama,
sederhana, terbaik. Dalil wasathiyyah: Hadis Nabi bertanyakan tentang ibadat
Nabi. Nabi bersabda “akulah yang paling bertqwa dan takut kepada Allah, tetapi
aku berpuasa dan berbuka, aku sembahyang dan tidur dan aku berkahwin, “sesiapa
yang tidak suka akan sunnah aku maka ia bukan dari golongan ku”.
ix.
Menghayati
dan memahami keperibadian Nabi Muhammad s.a.w.
x.
Meniru
dan mengikuti contoh yang unggul yang dimodelkan oleh Nabi dalam semua lapangan
hidup. Peniruan tersebut akan menjadikan kita mendapat kebahagiaan,
kesejahteraan, ketenangan hati, dimuliakan oleh Allah dan manusia, bersatu
padu, keberkatan, nikmat yang berpanjangan, hidayah, kasih sayang daripada
Allah, sentiasa berada dalam jalan yang lurus, kesihatan, kesimbangan
rohani-material dan yang paling penting dijauhkan dan dibebaskan daripada
kemurkaan Allah, azab kubur, mahsyar, neraka dan dimasukkan ke dalam syurga
yang penuh kenikmatan.
xi.
Menjadikan
Nabi sebagai qudwah hasanah sebagai pemimpin (adil, bertimbang rasa, pemaaf,
mengamalkan syura, kehidupan yang sederhana, meletakkan kepentingan ummah
daripada diri sendiri, kepimpinan melalui teladan, bersifat tegas dengan orang
kafir, berlembut dengan orag Islam, melindungi orang kafir zimmah dll), suami,
panglima perang, ahli ibadah (waktu malam qiyamulai), perancang strategi, ahli
ekonomi.
xii.
Memahami
isi kandungan al-Quran. Kandungan ditafsirkan oleh peristiwa-peristiwa sejarah
dalam kehidupan nabi.
Ciri-ciri mencintai
nabi:
i.
Mengikuti
jejak langkah, atsar atau sunnah baginda, wajib mahupun yang sunat dalam semua
perkara.
ii.
Tidak
menentang syariat yang diajarkan oleh Rasulullah dan tidak menghina sunnahnya.
iii.
Menyebarkan
sunnah Rasulullah kepada manusia melalui proses pendidikan, pengajaran, fatwa,
dakwah, amar ma’ruf dan nahi mungkar.
iv.
Membanyak
salawat kepada nabi.
-Solawat diambil daripada perkataan “solat” bererti “doa” atau
“pujian”
-Solawat kepada Nabi bererti “memohon supaya Allah
melimpahkan rahmat, kemuliaan, kehormatan dan kepujian kepada Nabi SAW.
-Ulamak telah menetapkan hukum selawat iaitu wajib membacanya
ketika mengerjakan solat ketika tahiyyat awal dan akhir dan setiap kali
menyebut SAW.
-Kelebihan salawat Hadis daripada Anas bin Malik
“Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali maka
Allah akan bersalawat baginya sepuluh kali dan digugurkan 10 kesalahananya
(AR-Nasai, Ahmad, hadis Sahih)
-“Orang bakhl ialah mereka yang apabila menyebutkan namaku,
mereka tidak bersalawat (HR-Tirmizi-Sahih).
-Hadis Nabi “orang yang paling dekat dengan baginda pada hari
kimat adalah orang yang paling banyak membaca salawat kepadanya”.
-Kata Saidina Ali “Setiap doa antara seorang hamba dengan
Allah selalu dihalang oleh hijab sehingga beliau mengucapkan salawat kepada
Nabi”.
“sesiapa yang melakukan solat dan tiada membawa salawat
kepadaku dan ahli keluargaku, tidak akan diterima solatnya (Sunan al-Darquti).
v.
Mencintai
ahli baitnya.
-Rasulullah bersabda “Cintai Allah atas limpah rahmatnya
kepada kamu, cintai aku kerana kecintaan kepada Allah dan cintai ahli baitnya
kerana kecintaan kamu kepada aku”.
No comments:
Post a Comment