MENGHAYATI PERISTIWA ISRA’ DAN MIKRAJ
(Berasaskan
kitab karangan Syekh Muhammad Mutawalli Sya’rawi)
Peristiwa
Sebelum Isra’
I.
Penentangan kafir Qurish kepada dakwah
Rasulullah dalam bentuk membuat keraguan kepada pengikutnya bahawa Nabi bukan
seorang Rasul.
II.
Menyiksa pengikut Nabi dan Nabi melalui lemparan
debu, najis, pembokoitan terhadap bani Muttalib dan bani hashim oleh kafir Qurish-
sehingga orang Islam makan dedaunan kering.
III.
Abu Talib dan Siti Khadijah yang
melindungi Nabi telah meninggal dunia
IV.
Nabi berhijrah ke Taif tetapi telah
dilontar dengan batu sehingga berdarah kaki nabi. Nabi berdoa kepada Allah:
“..Aku berlindung dengan nur wajah-Mu yang menerangi kegelapan. Maafkanlah
perkara dunia dan akhirat yang akan menurunkan murka-Mu disebabkanku atau
lepaskanlah kemurkaan-Mu padaku….
V.
Apabila penduduk bumi tidak
menghiraukannya, maka kerajaan langit memberikan penghormatan kepada baginda.
Bila
berlakunya peristwa Isra’
Ulamak berselisih
pendapat- ada mengatakan peristiwa tersebut berlaku setahun sebelum hijrah, ada
mengatakan 8 bulan sebelum hijrah dan setengah mengatakan11 bulan sebelum
hijrah.
Bulan berlaku Isra’ –
pendapat yang masyur bulan Rejab seperti yang disebutkan oleh Imam Nawawi.
Malam terjadinya-
setengah mengatakan pada malam Sabtu, 27 Rabiulawal. Ada mengatakan pada hari
Isnin, ada berpendapat pada malam jumaat.
1.
Tempat Nabi di Isra’kan: di Mekah.
Terdapat khilaf ulama’ mengenai tempat baginda diisra’kan, setengah mengatakan
antara maqam Ibrahim dengan telaga zam-zam, ada mengatakan di Hijr Ismail, di
rumah Nabi atau di rumah Ummu Hani.
iii. ISRA’ DAN MIKRAJ MERUPAKAN MUKJIZAT
a.
Perkataan “subhanallazi”: “Maha Suci Allah” bermaksud: Allah bersih dari
sesuatu yang semisal dengan-NYa, baik dalam sifat, perbuatan atau zat.
-Apabila
Allah hendak melakukan sesuatu perbuatan, maka tidak mungkin disamakan dengan
perbuatan manusia. Bahkan perbuatan Allah di luar kemampuan aqal manusia.
-Perbuatan
Allah di luar aturan alam seperti mukjizat Nabi Ibrahim tidak terbakar dalam
api yang besar. Allah menjadikan api tidak membakar Nabi Ibrahim walaupun akal
mengatakan api pasti membakar nabi Ibrahim (surah al-Anbiyaa’;69).
b.
“Subhanallazi
asra biabdihi lailan”
-Ayat
ini menunjukkan bahawa mukjizat Isra’ dan mikraj itu adalah dari perbuatan
Allah dan bukanlah sebab kesempurnaan kekuatan Rasulullah.
-Rasulullah
tidak mengatakan bahawa dia berjalan pada malam tersebut tetapi baginda
mengatakan Allah telah “menjalankannya pada malam tersebut”.
c. “Isra biabdihi”
-Perkataan
“abdihi” menunjukkan Allah
memperjalankan Rasulullah dengan jasad dan ruhnya, bukan dalam keadaan tidur.
Perkara tersebut berlaku secara hakiki. Hamba merujuk kepada jasad dan ruh.
Jika berlaku secara ruh atau mimpi maka tidak berlaku diialog secara langsung
antara Rasulullah dengan Allah.
-Allah
memperjalankan Rasulullah dengan “buraq” yang dapat membelah langit. Gambaran
Buraq mengikut Hadis: “apabila meletakkan kakinya di penghujung penglihatan
matanya”, “mempunyai sayap” “sanad yang lemah daripada Ibnu Abas “dia mempunyai
pipi seperti pipi manusia, bulu leher seperti bulu leher kuda, kaki seperti
kaki unta”.
-
Perkataan “Buraq” diambil daripada perkataan “bariq” atau al-Barq
bererti “kilat” kerana ia berjalan dengan cepat.
c. “Lailam”
-Berlaku
pada waktu malam tidak pada waktu siang.
-Sebab
berlaku pada waktu malam kerana Isra’ dan mikraj merupakan persoalan keimanan.
-Banyak
mukjizat para nabi dapat dilihat oleh manusia seperti terbelahnya lautan Merah,
tenggelamnya Firaun namun di kalangan mereka tetap kafir menjadikan patung
sebagai sembahan mereka.
d.
“minal
masjidil haram ila masjidil aqsa”
-“Masjid” bererti
tempat sujud. Masjidilharam sudah ada sebelum nabi diturunkan di bumi. Nabi Ibrahim membina
kembali Masjidilharam. Allah perintahkan beliau membawa nabi Ismail dan Siti
Hajar ke Mekah supaya manusia mengetahui kewujudan masjidil haram.
-Aqsa bermakna “jauh”. Ia
merupakan tempat yang paling jauh ditempuhi para kafilah sebelum Islam.
e.
“Barakna
haulahu”
-Barak beraksud
keberkatan, iaitu sesuatu yang diberikan melebihi daripada apa yang sudah ada.
-“keberkatan di
sekelilingnya” bermaksud terdapat dua keberkatan, iaitu keberkatan material
yang bersumber dari bumi seperti buah-buahan dan keberkatan agama bagi yang
tinggal di sana.
f. “Min
ayatina”
-Tanda-tanda yang
menunjukkan mukjizat yang Allah berikan untuk para nabinya untuk menetapkan
kebenaran dakwah mereka.
-Tanda yang dilihat
oleh Rasulullah ada dua, 1) yang berada di bumi iaitu yang dilihat semasa
perjalanan Isra’nya, 2) Tnda-tanda yang berada di langit semasa Mikraj.
g. “Innahu hua samiul basir”
-Sesungguhnya Dia
adalah Maha Mendengar dan Maha Melihat”
-Maha mendengar dari
semua perkataan dan Maha melihat dari semua perbuatan. Allah Maha mendengar
perkataan Rasulullah dan Maha Melihat semua perbuatannya. Dia juga Maha
Mendengar semua perkataan musuh dan Maha melihat semua perbuatan musuhnya.
iv.
PENGAJARAN ISRA’ DAN MIKRAJ’
1.
Rasulullah menjadi imam sembahyang bagi
semua para Nabi dan Rasul di Baitul Muqadis.
2.
Rasulullah memilih susu daripada arak.
Susu memperlihatkan sifat fitrah manusia (ketika masuk dalam Masjidil aqsa)
3.
Rasulullah melihat Adam pada langit
pertama, Yahya dan Isa pada langit kedua, Yusuf (3), Idris (4), Harun (5), Musa
(6), Ibrahim (7). Susunan kedudukan Nabi tidak menunjukkan keutamaan.
4.
Rasulullah melihat kaum yang menanam
dalam satu hari. Ketika mereka menuai, maka ketika itu juga kembali tumbuh dan
tuai lagi. Rasulullah bertanya kepada Jibrail “mereka itu adalah mujahid yang
berjuang di jalam Allah. Pahala mereka telah dilipatgandakan sebanyak 700 kali
ganda.
5.
Rasulullah melihat wanita tua yang lemah
dan payah untuk menghayunkan kedua lengannya dan ia mengenakan berbagai
perhiasan. Jibril menjawab “inilah dunia”. Penyerupaan ini membawa makna
hakikat sebenar dunia yang telah menipu manusia. Penyerupaan dunia dengan
seorang wanita tua yang lemah menunjukkan umur dunia ini yang tidak panjang dan
pandek.
6.
Rasulullah melihat beberapa orang yang
memukul kepalanya dengan batu, sehingga mengalir darah darinya. Kemudian
kembali memukul kepalanya dengan batu. Seterusnya begitu di ulang-ulang.
Jibrail menjawab:mereka itu orang-orang yang sangat berat kepalanya untuk
melakukan sembanyang wajib”.
7.
Rasululullah melihat kaum yang memotong
lidahnya dan bibirnya dengan gergaji. Ketika telah terpotong, maka lidah dan
bibirnya kembali seperti sebelumnya. Jibril menjawab “ mereka adalah para
khatib yang berkata akan sesuatu yang tidak mereka kerjakan”.
8.
Rasululullah menerima kefarduan solat 5
waktu di sidratul muntaha setelah berulang kali meminta pengurangan daripada 50
waktu sehingga menjadi lima. Sehingga Allah
berfirman :
“Wahai Muhamad,
sesungguhnya aku fardukan hanyalah 5 waktu sehari semalam. Setiap sembahyang
fardu dganjarkan dengan 10 ganjaran… “sesiapa yang berniat melakukan kebaikan
tetapi tidak melakukannya, nescaya dicatat satu kebaikan baginya, jika dia
melaksanakan, maka dicatat 10 kebaikan baginya. Sebaliknya sesiapa yang ingin
melakukan kejahatan, tetapi tidak melakukan, nescaya tidak sesuatupun dicatat
baginya. Seandainya dia melakukannya, maka dicatat 1 kejahatan baginya” (Hadis
riwayat Anas bin Malik)
h. Rasulullah kembali
ke mekah pada waktu subuh. Ketika waktu subuh, baginda menceritakan apa yang
dilalui kepada penduduk Mekah. Ketika orang musyrik mendengar apa yang baginda
sampaikan, mereka mendatangi Abu Bakar dan mereka berkata” Wahai Abu Bakar,
apakah engkau percaya apa yang telah disampaikan oleh sahabatmu. Abu Bakar
berkata “Jika Muhammad berkata demikian, maka sesungguhnya dia benar, dan kami
percaya dengan khabar yang lebih daripada itu. Kami mempercayai khabar langit yang
ia sampaikan”.
No comments:
Post a Comment