Asabiyah sebagai konsep yang penting dalam pemikiran Ibn Khaldun juga dikenali sebagai spirit de corps atau social solidarity. Konsep ini merupakan punca atau asal usul kepada teori pusingan sejarah manusia seperti yang dihuraikan oleh Ibn Khaldun.
Perkataan asbiyah berasal dari perkataan Arab yang kata dasarnya daripada perkataan asab yang bererti mengikat, contohnya mengikat individu-individu ke dalam masyarakat (asbtun, usbatun atau isabatun). Asabiyah juga berasal dari perkataan asaba. Apa yang dimaksudkan oleh Ibn Khaldun secara khusus tentang maksud istilah asabiyah ini adalah sesuatu yang sangat sukar untuk ditentukan. Walaupun Ibn Khaldun telah memberi perhatian yang banyak kepada istilah ini, namun beliau tidak mendifinisikannya secara jelas. Istilah asabiyah seakan-akan telah popular atau dikenali pada zamanya, justeru itu, beliau merasakan istilah tersebut tidak perlu beliau difinisikan. Istilah asabiyah telah diterjemahkan sebagai “espirit de corps”, “penyokong”, “keakraban”. “parti”, “kesedaran kabilah”, “hubungan darah”, “semangat kepuakan”, “kesetiaan kepuakan”, “minda berkumpulan”, “perasaan kepada kesatuan”, “kesedaran semangat berkolektif” “perasaan berkumpulan”, “solidariti berkumpulan”, “perasaan bersolidariti” dan “”soladariti social”. De Slane telah menterjemahkan asabiyah ke dalam bahasa Perancis sebagai “:spirit de corps” manakala terjemahannya ke dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai social solidarity, kelihatannya lebih dekat dengan makna asal asabiyah.
Bagaimanapun menurut Simon istilah asabiyah dan soladariti tidak mempunyai makna yang sama. Salah satu sebab wujudnya perbezaan makna kedua-duanya, ialah Asabiyah adalah pantulan dari keadaan keterpautan atau keterikatan terhadap kumpulan yang kukuh bukannya pautan yang berbentuk umum. Bagi Simson, ia mengesyorkan supaya istilah asabiyah tersebut haruslah dipakai dalam istilah Arabnya yang asal kerana ia tidak dapat diterjemahkan secara yang lebih tepat. Semasa Schimmel menterjemahkan kitab Muqadimah Ibn Khaldun, beliau tidak menterjemahkan perkataan asbiyah. Bukan sahaja penggunaan istilah tersebut dalam bahasa Arab lebih tepat, tetapi juga disebabkan istilah tersebut sangat jarang digunakan walaupun ia digunakan dalam penulisan-penulisan Arab zaman moden atau masa kini . Yang menarik dalam istilah asabiyah tersebut bukan semata-mata kerana istilahnya tetapi juga untuk mengetahui bagaimana Ibn Khladun menggunakan istilah asabiyah tersebut. Asabiyah dalam doktrin Ibn khaldun bermaksud keinginan atau perasaan terhadap solidarity atau perpaduan. Asabiyah juga merupakan satu ikatan social yang boleh digunakan untuk menjaga kekuatan dan kestabilan sesuatu kumpulan masyarakat. Konsep yang abstrak ini membawa idea tentang keterikatan atau keterpauatan yang menjamin keterikatan kepada kumpulan social yang boleh dibuat bandingannya seperti urat-urat yang memautkan daging dengan tulang-tulang. Bagaimanapun, ikatan ini iaitu asabiyah bukan semestinya diasaskan kepada hubungan pertalian darah semata-mata. Ianya adalah hubungan masyarakat, psikologi, fizikal dan fenomena politik, memanifestasikan dirinya secara jelas di kalangan manusia bukan terbatas di kalangan golongan normad atau kabilah semata-mata.
Asabiyah sama dengan teori Durkheim mengenai “Kesedaran Kolektif”. Ibn Khaldun telah menekankan bahawa dalam asabiyah, keturunan individu, kelahiran dan identitinya lazimnya “hilang” kepada atau berpadu ke dalam kumpulan di mana dia menganggotainya, ‘beliau kemudian menjadi salah seorang dari yang lain-lain”. Sesetengah kumpulan berfikir dan bertindak sebagai satu unit. Personaliti dalam kumpulan tersebut hanya sebagai fungsi struktur social. Bahkan jika dalam sesebuah kumpulan mempunyai kerencaman asabiyah, hanya diperlukan satu bentuk asabiyah saja yang mesti wujud yang lebih kuat dari yang lain-lain yang mempunyai keupayaan untuk membuat anggota-anggota lain bergabung dan mengabdikan diri ke dalam kumpulan tersebut. Tanpa kesatuan demikian, pertelagahan dan persengketaan akan berlaku. Sesetengah kesatuan asabiyah menghasilkan keupayaan untuk menlindungi dan mempertahankan diri mereka. Masyarakat yang mempunyai ikatan asabiyah yang kuat tidak akan merasa takut kepada penganiayaan atau pencerobohan. Secara ringkasnya, memadai untuk disebutkan bahawa semangat kepada kumpulan atau kesatuan “asabiyah” membuat individu menyerahkan dirinya kepada kumpulan dan melihat dunia ini melalui penglihatan kumpulannya. Keadaan ini seperti yang disebutkan oleh Hitti, “individualisme klan telah diperbesarkan”.
Durkheim juga percaya bahawa “ masyarakat yang primitive adalah masyarakat yang mempunyai banyak persamaan di kalangan individu-individu yang membentuk masyarakat tersebut”. Masyarakat dalam bentuk ini adalah “tersusun secara keseluruhannya kepercayaan dan sentimen-sentimen yang menjadi kebiasaan di kalangan ahli kumpulan tersebut”. Sesetengah solidarity adalah sui generis yang menghubungkan individu dengan masyarakat. Natijahnya, perasaan kepada kumpulan menjadi “satu sumber kehidupan” di mana ia menjadi asas pertahanan “menentang semua musuh dalaman dan luaran”.
Dalam perspektif yang lebih luas lagi, perbincangan Ibn Khaldun terhadap konsep asabiyah dapat diperincikan seperti berikut:
1. Asabiyah tidak dikhususkan kepada normadisme sepertimana yang dinyatakan oleh sesetengah penulis, bahkan asabiyah lebih kuat lagi dari golongan normad dan golongan yang tinggal menetap. Ibn Khladun telah menggunakan asabiyah sebagai teras kepada penerangan sejarah tentang kehidupan masyarakat normad dan masyarakat Bandar. Ini dapat dilihat bahawa teorinya banyak berpusat sekitar konsep asabiyah dan peranannya dalam perubahan dari salah satu dari dua jenis masyarakat tersebut.
2. Asabiyah bukan hanya diasaskan kepada hubungan darah semata-mata. Manusia secara fitrahnya cenderung untuk menolong saudara maranya. Sama ada hubungan tersebut benar atau salah, secara realitinya tidak ada masalah menurut pandangan ini, apa yang menjadi persoalan utama adalah pertimbangan masyarakat. Dalam hubungan ini, Ibn khaldun mendapatkan kembali kebiasaan pemahaman sosologinya. Ibn Khaldun mengiktiraf solidarity social dalam kumpulan adalah lebih dari dalam keluarga dan puak, lebih-lebih lagi sejak asabiyah menjelma melalui interaksi social, “melalui saling cuba mencuba dan aktiviti-aktiviti yang sering dilakukan secara bersama-sama”.
3. Asabiyah adalah natural dan universal. Ianya bukan hanya dikhususkan kepada bangsa Arab semata-mata. Ibn Khaldun telah mengenal pasti beberapa asabiyah yang terdapat dalam masyarakat non-Arab seperti bangsa Parsi, Yahudi, Assyaria, orang-orang Greek, Rom, Turki dan Barber.
4. Terdapat hubungan yang kuat wujud di antara asabiyah dengan agama. Agama memperkukuhkan solidarity kumpulan yang telah ditekankan oleh Durkheim kira-kira 500 tahun lalu. Durkheim percaya bahawa agama memberikan solidarity social, pautan, “kesatuan”, ia menyatukan seluruh ahlinya bersatu padu bahkan mengawal masyarakat itu sendiri. Ibn Khaldun menekankan fungsi social agama adalah untuk menyatukan manusia sepertimana yang dapat dilihat melalui pencapaian orang-orang Arab selepas mereka memeluk agama Islam. Apabila semangat kekabilahan (asabiyah) wujud serentak dengan beberapa nilai agama, orang-orang Arab menjadi fanatik kepada agama Islam. Mereka, ujar Ibn Khaldun lagi, telah menunjukkan semangat yang menakjubkan, ikhlas dan mengabdikan diri mereka kepada Islam. Apabila Nabi Muhammad wafat, asabiyah mereka telah dihalakan untuk menentang golongan kafir di luar Semenanjung Tanah Arab. Ibn Khaldun menyedari bahawa agama itu sendiri memerlukan asabiyah atau soladariti social. Gerakan agama tanpa asabiyah adalah sesuatu yang tidak berkesan. Beliau telah memberikan kita beberapa contoh kepentingan asabiyah dalam menghasilkan kejayaan dalam pembaharuan yang dilakukan dalam agama.
5. Asabiyah mempunyai pengaruh kepada aspek politik. Sesuatu dinasti atau negara tidak akan kukuh dan kuat kecuali melalui semangat asabiyah yang kuat. Apabila asabiyah sudah hilang dan apabila pemimpin yang mempunyai kekuasaan dalam negara tersebut telah runtuh, maka perpecahan yang hebat akan berlaku. Justeru, aspirasi dari kepimpinan negara adalah memainkan peranan yang penting bagi memperkukuhkan kekuatan kerajaan dan kekuasaannya ke atas rakyat. Asprasi ini mestilah sentiasa bersama mereka sehingga kemusnahan terakhir negara tersebut berlaku. Aspek asabiyah yang mempunyai kaitan dengan politik dapat diringkaskan seperti berikut:
a. Kepimpinan hanya wujud melalui kekuasaan dan kekuasaan hanya wujud dengan asabiyah
b. Individu memerlukan kerjasama dan perlindungan kumpulannya (kerajaan), kerana ia berkongsi asabiyah kumpulan yang sama.
c. Senjata mungkin memperkukuhkan kumpulannya, tetapi perkara lain perlu juga untuk mempertahankan dari dari penentangan atau pencerobohan musuh, iaitu satu semangat solidarity dan kesetiaan kepada kumpulan (negara) yang amat kuat.
d. Asabiyah tidak dapat mencegah pencerobohan. Ketidakadilan dan penentangan adalah sebahagian dari aspek semulajadi manusia.
e. Asabiyah adalah lebih dari sekadar kuasa social. Asabiyah yang kuat adalah menunjukkan peribadi yang baik dan kualifikasi yang tinggi dalam hubungan seperti bersifat permaaf terhadap kesalahan, bertolenrasi kepada pihak yang lemah, mengambil sepenuh perhatian terhadap aduan oleh pengadu, melaksanakan tanggugjawab peraturan-peraturan agama dan pengibadatan kepada Tuhan secara bersungguh-sungguh serta menjauhi penipuan, tipu muslihat atau pendusta. Asas kepada kualifikasi pemimpin yang baik adalah dia seorang yang mudah diberitahu tentang sesuatu perkara dan mengenali dengan baik pendokong-pendokong asabiyah dan bersedia untuk menghormati posisi mereka justeru, saling hormat-menghormati dan saling batu-membantu akan wujud antara pemimpin dengan pendukungnya.
f. Negara atau kerajaan yang maju adalah matlamat asabiyah.

(Untuk melihat pemikiran Ibn Khaldun lihat, Fuad Baali, Ibn khaldun's sociological Thought. New York: State University of New York Press. 1988).
No comments:
Post a Comment