Wednesday, July 22, 2009

Minggu lepas adalah minggu yang paling meletihkan minda. Apa taknya menghabiskan sebahagian besar dari masa di hadapan komputer menyiapkan satu Bab dari buku yang bakal diterbitkan oleh penyelia saya Dr. Ahmad Kamal. Beliau memberi tugasan tersebut pada bulan lepas dan saya berjanji menyiapkannya pada bulan ini. Alhamdulillah segala tugasan yang diberikan dapat disiapkan mengikut jadual.
Masa terlalu cepat berlalu. Kini saya sudah melangkah ke semester dua pengajian PhD saya. Dari segi progres pengajian, setakat hari ini saya tidak banyak menghadapi banyak masalah. Proposal tidak perlu dibentangkan lagi di Fakulti, kerana proposal tersebut telah diterima oleh jabatan. Justeru itu, saya tidak perlu menghabiskan banyak masa memikirkan tentang proposal dan masa yang ada, saya gunakan untuk mencari bahan-bahan dan terus menulis.
Setakat hari ini, saya sudah menulis dua bab dan telah dihantar ke penyelia untuk bacaan dan penelitiannya. Saya masih menunggu sebarang komen dan kritikan dari beliau.
Syukur kepada Allah, kerana menemukan saya dengan seorang penyelia yang baik dan banyak membantu. Kerap kali beliau menelipon memperingatkan saya perkara-perkara yang perlu saya lakukan. Walaupun penyelia saya seorang OKU cacat penglihatan, namun saya mengkaguminya kerana kesungguhannya sehingga mendapat PhD dalam bidang sejarah. Satu bidang yang memerlukan banyak pembacaan dan penelitian dokumen-dokumen sejarah yang bertaburan di sana sini yang memerlukan pembacaan yang luas, membuat analisis dan menstrukturkan kembali maklumat sama ada mengikut tema atau periode masa berdasarkan tajuk kajian yang dijalankan.

Saya perlu banyak belajar lagi untuk menjadi seorang pelajar sejarah yang baik dan memahami dengan mendalam metodologi penulisan sejarah, satu bidang baru yang sedang diterokai. Apabila terlalu asyik dengan penerokaan ilmu baru, tanpa disedari penerokaan ilmu tersebut secara beransur-ansur membentuk satu pemikiran atau world view baru dalam melihat sesuatu isu yang ada hubung kaitnya dengan sejarah.

No comments:

PEMBAHARUAN SISTEM PENDIDIKAN TRADISIONAL ISLAM DAN GERAKAN ISLAMISASI ILMU

PEMBAHARUAN SISTEM PENDIDIKAN  TRADISIONAL ISLAM DAN GERAKAN ISLAMISASI ILMU                    Oleh Prof Madya Dr. Abdul Halim Ram...