Thursday, July 9, 2009

Ketika saya mencari maklumat mengenai penyertaan PAS ke dalam Barisan Nasional pada tahun 1974, saya membaca sebuah buku yang ditulis oleh Bachtiar Djamily (seorang penulis dan wartawan ) yang bertajuk "Kenapa PAS Boleh Jadi PAS?". Buku ini ditulis pada tahun 1976 iaitu setelah PAS menyertai Barisan Nasional. Penulis adalah seorang yang pernah dididik secara langsung oleh Tokoh utama PAS di zaman formatifnya seperti Ustaz Hj. Ahmad Fuad, Dr. Buhanuddin al-Helmy dan mempunyai hubungan yang rapat dengan para pemimpin PAS yang lain seperti Datuk Hj. Asri Muda, Hj. Hasan Adli dan lain-lain lagi. Bacthiar Djamily di dalam bukunya itu telah mengutarakan hujah peribadinya yang mewajarkan PAS menganggotai Barisan Nasional ketika itu, antaranya "Mendahulukan menolak maudarat, adalah lebih afdhal dari mencari munafaat terlebih dahulu", "Duduk bersama berlapang-lapang, duduk sendiri berpilu hati" dan ditinjau dari matlamat penubuhan BN adalah sama dengan tujuan yang hendak dicapai oleh PAS sendiri seperti yang dinyatakan oleh Bacthiar Djamily; "kalau diteliti dan dikaji keempat fasal tujuan itu (matlamat BN), tentulah tidak wajar bagi PAS untuk tidak mau bersama-sama dalam Barisan itu, kesemuanya sesuai dengan tujuan-tujuan yang hendak dicapai oleh PAS sendiri". Bagaimanapun penyertaan PAS dalam BN dibimbangi oleh sebahagian ahli PAS "supaya tidak hanyut dilanda arus", lebih-lebih lagi PAS semenjak dari penubuhannya pada tahun 1951 telah sinonim sebagai pembangkang dan memperjuangkan sebuah negara yang bertunjangkan Islam. Penyertaannya ke dalam BN dikhuatiri oleh penyokong PAS ketika itu akan lebih banyak membawa kerugian dari keuntungan yang diraih PAS.
Ketika Bacthiar Djamily singgah di Kaherah, beliau berpeluang berbincang dengan penuntut Malaysia dan Indonesia di sana, beliau telah diajukan satu soalan yang memberi kesan kepada dirinya "apakah mungkin PAS berkerjasama dengan UMNO?", "kalau UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO, dan kalau PAS itu Islam dan Islam itu Melayu serta Melayu itu Islam, kesukaran apa yang Encik pandang, mereka tidak boleh rukun (berbaik-baik)" (hlm. 72).
Bacthiar dalam bukunya itu merakamkan kegembiraannya apabila berlakunya penyatuan orang Melayu, katanya "Orang UMNO dan orang PAS yang selama berbelas tahun, seperti orang perempuan bermadu, saling menuduh dan saling membenci, sampai terbawa-bawa kepada sifat perseorangan, melanjut kepada soal rumah tangga, sekarang semuanya itu sudah diperbaiki, semua sudah jadi bagus, semua sudah harmoni. Gembira kita bukan? (hlm. 73-74).

No comments:

PEMBAHARUAN SISTEM PENDIDIKAN TRADISIONAL ISLAM DAN GERAKAN ISLAMISASI ILMU

PEMBAHARUAN SISTEM PENDIDIKAN  TRADISIONAL ISLAM DAN GERAKAN ISLAMISASI ILMU                    Oleh Prof Madya Dr. Abdul Halim Ram...