Thursday, July 23, 2009





Hujung minggu yang lepas, saya sekeluarga ke Bintulu, Sarawak bagi menziarahi ibu mertua dan adik ipar di sana. Ini pertama kali menjejakkan kaki ke bumi Bintulu untuk melihat keadaan masyarakat di sana.

Kesempatan yang ada, kami gunakan untuk melawat gua niah. Lebih kurang memakan masa 1 jam lebih perjalanan dari Bintulu. Melalui jalan raya yang beralun, sambil memerhati panorama alam semula jadi dan deretan rumah panjang masyarakat Iban di sepanjang perjalanan. Ternyata masyarakat peribumi masih diulit kemiskinan melihat kedaifan pasarana kampung dan tempat kediaman mereka. Mereka masih ketinggalan berbanding masyarakat luar yang datang ke sini yang menguasai punca-punca kekayaan. Sedangkan masyarakat peribumi masih ketinggalan sekadar menjadi peniaga kecil-kecilan, pertani dan nelayan pantai/sungai.


Dalam perjalanan ke Miri, kelihatan bangunan gereja-gereja di kampung-kampung yang memperlihat perkembangan yang dirastik agama Kristian yang telahpun bermula sejak zaman pemerintahan Brooke lagi. Para missionariy mereka giat melakukan pendakwahan agama Kristian terutama kepada masyarakat yang tidak beragama/menganut animisme. Mereka diberitakan pergi ke rumah-rumah dengan imej tertentu untuk menyebarkan agama mereka. Terdapat berbagai aliran mazhab Kristian di sini, di mana setiap aliran mempunyai bangunan gereja masing-masing yang kadang kala berada di sebelah menyebelah. Perhatian saya kemudiannya tertumpu kepada sebuah bangunan gereja yang tertera perkataan "Santa Maria Bonda anak Allah". Saya difahamkan penggunaan nama Allah telah lama digunakan oleh sesetengah mazhab Kristian di sini. Isu penggunaan nama Allah dalam istilah keagamaan Kristian pernah menimbulkan kontravesi sedikit masa dulu. Pihak Berkuasa Agama tetap dengan pendirian bahawa nama Allah tidak boleh digunakan dalam mana-mana penerbitan agama lain. Tetapi dalam kes ini, saya tidak tahu apa pendirian pihak tertentu. Mungkin isu ini sensitif.


Perjalanan ke Gua Niah amat meletihkan. Apa tidaknya, terpaksa berjalan kaki sejauh 6 KM pergi dan balik, belum masuk ke dalamnya lagi. Dalam perjalanan, hujan turut dengan lebat terpaksa meredah hujan, nasib baik ada pondok di tengah-tengah perjalanan. Anak-anak paling suka masuk hutan, pengalaman pertama kali mereka. Mereka tak rasa letih...tetapi yang lain, dah serik nak datang lagi. Kerana masing-masing ingat, gua Niah tu dekat saja...akibatnya sehingga hari ini badan masih sakit-sakit lagi.


















No comments:

PEMBAHARUAN SISTEM PENDIDIKAN TRADISIONAL ISLAM DAN GERAKAN ISLAMISASI ILMU

PEMBAHARUAN SISTEM PENDIDIKAN  TRADISIONAL ISLAM DAN GERAKAN ISLAMISASI ILMU                    Oleh Prof Madya Dr. Abdul Halim Ram...