Thursday, October 22, 2009

Pengalaman yang tidak dapat dilupakan

Pada minggu lepas (pagi Rabu), iaitu sekitar pukul 3.15 pagi, rumah saya telah diceroboh masuk oleh tiga perompak yang bersenjatakan parang dan bertopeng. Dari loghat bahasanya, saya dapat mengagak bahawa mereka bukan rakyat tempatan. Mereka masuk melalui pintu dapur dengan memotong pintu grill lalu memecah masuk bilik tidur dengan menggunakan tong gas. Dentuman kuat dari hentakan kuat tong gas telah mengejutkan kami sekeluarga dari tidur. Sekonyong-konyong terpacu tiga orang berpakaian serba hitam bertopeng mengarahkan kami supaya diam dan menyerahkan segala barang kemas dan wang. Rompakan tersebut hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit.

Isteri merayu supaya anak-anak kami tidak diapa-apakan. Sedang kedua belah tangan dan kaki saya diikat. Tidak ada apa-apa yang dapat kami lakukan, melainkan berdoa kepada Allah supaya mereka tidak melakukan tindakan di luar batas kemanusiaan.

Mujur saya dan isteri dapat bertenang menghadapi situasi yang mencemaskan tersebut.

Bagaimanapun, isteri mengalami sedekit trauma dan phobia terutama pada waktu malam.

Saya bersyukur kepada Allah, kerana anak dan isteri selamat, walaupun mengalami sedikit kerugian harta benda. Apa yang berlaku ada hikmahnya yang tersendiri. Semoga orang lain tidak mengalami apa yang kami rasai.

Kepada perompak tersebut, di dunia ini mungkin kamu terselamat. Tetapi kamu tidak akan selamat dari azab Allah. Hidup kamu akan diekori oleh penderitaan dan ketakutan, walaupun kamu bisa hidup mewah, hasil dari rompakan hasil keringat orang lain!.

1 comment:

Dziauddin said...

Mmg trauma kena mcm tu. Sebaik tidak diapa2kan. Apa yg dirompak ustaz? Nak ceritanya kat taman saya ni rumah di sebelah dan di depan rumah saya pun telah dimasuki pencuri, malahan byk rumah juga di tmn saya duduk skrg ni telah dimasuki pencuri. Mungkin taman ni baru dibuka dan bersebelahan dgn hutan memudahkan mereka menjalankan aktiviti mereka. Mohon pada Allah agar memelihara keselamatan kami sekeluarga.

PEMBAHARUAN SISTEM PENDIDIKAN TRADISIONAL ISLAM DAN GERAKAN ISLAMISASI ILMU

PEMBAHARUAN SISTEM PENDIDIKAN  TRADISIONAL ISLAM DAN GERAKAN ISLAMISASI ILMU                    Oleh Prof Madya Dr. Abdul Halim Ram...