Monday, January 19, 2009

Setiap hari di awal pagi selepas menghantar anak-anak ke sekolah, saya akan menumpukan kepada pembacaan dan penulisan tesis saya. Walaupun saya dinasihatkan oleh penyelia supaya menggunakan masa satu tahun untuk mengumpul bahan, tetapi saya tidak menunggu selama itu untuk memulakan penulisan. Kadang kala saya merasa cemas, timbul dalam kotak pemikiran apakah saya mampu menyempunakan kajian ini ataupun apakah saya berada di atas landasan yang betul untuk menyiapkan kajian tersebut. Tambahan pula bidang kajian ini adalah bidang baru yang bukan dari disiplin asal saya. Kadang kala disibukkan pula dengan urusan-urusan lain yang menganggu proses pembelajaran. Apapun keadaannya saya perlu mendispilinkan diri, mengurus waktu dengan baik dan bermohon kepada Allah supaya memudahkan urusan ini. Saya agak bernasib baik kerana tidak memulakan tesis saya dengan kosong. Sebelum ini saya sudahpun mula menulis dan membuat kajian berkaitan tajuk yang hendak diselidiki.
Selepas hampir sebulan bercuti, rasa rindu pula kepada kawan-kawan di Segamat. Sekali sekala melawati blog kawan-kawan khususnya blog Prof. Muhd Kamil melihat perkembangan perjalanan hidupnya dan berita dari UiTM Segamat. Setiap waktu maghrib dan Insyaa' ke Masjid berhampiran mendengar kuliah-kuliah ilmu untuk menambahkan pengetahuan sambil beriktikaf.
Isteri dan anak-anak sudah mula ceria ke sekolah. Beransur-ansur menyesuaikan diri dengan suasana baru.
Hari sabtu yang lepas, saya menerima berita yang kesahnya pernah saya tulis dalam blog ini kembali ke rahmatullah. Beliau seorang pengidap down sindrom yang hidup dengan penuh kasih sayang dari ibunya yang sekarang ini uzur dan tua. Tetapi Allah mentakdirkan dirinya dahulu dipanggil oleh Allah sebelum ibunya walaupun beliau sebelum ini tidak pernah sakit. Itulah perancangan Allah Yang Maha Mengetahui dan bersifat Pengasih dan Penyayang. Sebelum ajalnya datang, beliau menyuruh ibunya solat, ketika itulah dia mengadap Allah untuk selama-lamanya tanpa ibu di sisi. Mungkin dia tidak mahu ibunya kesedihan...selepas ini si ibu tua tidak lagi rungsing memikirkan nasibnya selepas ketiadaannya kerana Allah terlebih dahulu menjemputnya kembali. al-Fatihah untuk Allahyarham.

2 comments:

Dziauddin said...

Semoga sukses dalam mengharungi cabaran mendatang..

MOHAMAD SALLEH ABDULLAH said...

Salam perkenalan Prof. Saya juga pelajar PhD di USM. Tajuk Phd : Pengurusan Pembangunan Wakaf DI Pulau Pinang : Kajian sistem penyampaian manfaat kepada mauquf alaih. Baru setahun. Adakah prof buat PhD mengenai wakaf kerana saya banyak rujuk tulisan prof. dan penulis2 dari UITM. kalau Prof buat tentang wakaf bolehlah kita berkongsi. Email saya : salleh3055@yahoo.comn.

PEMBAHARUAN SISTEM PENDIDIKAN TRADISIONAL ISLAM DAN GERAKAN ISLAMISASI ILMU

PEMBAHARUAN SISTEM PENDIDIKAN  TRADISIONAL ISLAM DAN GERAKAN ISLAMISASI ILMU                    Oleh Prof Madya Dr. Abdul Halim Ram...