Thursday, August 7, 2008

Scentia Sacra

Selain dari meminati pemikiran al-Faruqi, saya juga amat meminati pemikiran Prof Seyyed Hossein Nasr kerana ketinggian intelektualnya. Membaca bukunya bertajuk Knowledge and the scared amat memenatkan kerana ia memerlukan penelitian yang mendalam mengenai agama-agama lain. Buku ini membicarakan ilmu pengetahuan suci atau scentia sacra dari pandangan agama Timur, termasuk Islam yang dilihat dari perspektif sufi atau tasawwuf. Antara petikan yang menarik dari buku ini ialah "ilmu pengetahuan pada asalnya sentiasa mempunyai hubungan dengan Allah yang merupakan kesucian dan dari sumber yang suci, tetapi melalui aliran "ruang dan waktu", ilmu pengetahuan itu terpisah dari agama, ia menjadi terdeskaralisasi (menjadi sekular), iaitu terpisah dari kesucian atau agama. akal fikiran merupakan instrumen pengetahuan untuk mengenali Allah. Ia bagaikan cahaya dari Allah dan kembali kepada Allah (hlm.1)"."Manusia mengikut falsafah adalah makhluk rasional tetapi rasional atau akalnya boleh menjadi alat iblis apabila ia dipisahkan dari wahyu yang memberikan kepada ilmu kandungan sucinya (hlm.4).

No comments:

PEMBAHARUAN SISTEM PENDIDIKAN TRADISIONAL ISLAM DAN GERAKAN ISLAMISASI ILMU

PEMBAHARUAN SISTEM PENDIDIKAN  TRADISIONAL ISLAM DAN GERAKAN ISLAMISASI ILMU                    Oleh Prof Madya Dr. Abdul Halim Ram...