Tuesday, August 12, 2008

Quid pro quo

Sememangnya dalam sejarah hubungan kaum di Malaysia selepas merdeka sentiasa dibayangi oleh rasa ketidakpuasan hati kaum bukan Melayu terhadap beberapa perkara yang memihak kepada orang Melayu dan kaum bumiputera di Negara ini seperti kedudukan agama Islam, hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera, kedudukan dan peranan bahasa Melayu serta kedudukan Raja-Raja Melayu seperti yang diperkanunkan dalam Perlembagaan. Perkara ini akan terus menjadi medan perdebatan melalui berbagai cara dan pendekatan sama ada melalui parti politik, NGO, Badan tertentu dengan menggunakan berbagai istilah seperti “revisited”, kebebasan bersuara, kesaksamaan atau hak asasi manusia. Setiap kali isu ini dipersoalkan atau ditimbulkan oleh sesetengah pihak, akan ada tindak balas atau reaksi dari masyarakat Melayu mengenainya dari dahulu hingga sekarang. Kadang kala tindak balas tersebut membawa ke tahap ketegangan yang boleh menjejaskan hubungan antara kaum di Negara ini. Justeru itu, dari perspektif hubungan kaum dapatlah disimpulkan bahawa kontrak social yang dilihat sebagai quid pro quo adalah angkubah terpenting yang mempengaruhi pola hubungan kaum di Negara ini. Orang Melayu tetap merasakan bahawa kontrak social tersebut adalah factor penentu yang mempengaruhi keharmonian hubungan antara kaum, justeru mereka mengharapkan kaum lain jangan mempersolkan hak tersebut. Manakala kaum bukan Melayu pula, sebahagian daripada mereka melihat kontrak social tersebut sebagai ‘duri dalam daging’ hubungan antara kaum, justeru kontrak sosial perlu dilihat atau dinilai semula terutama selepas 50 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan. Polimik ini akan berterusan selagi mana masyarakat plural di Negara ini tidak kembali melihat sejarah masa lalu di mana pimpinan utama ketiga-tiga kaum telah menyelesaikan permasalahan hubungan kaum dengan meletakkan asas yang kukuh untuk generasi masa depan Negara hidup bersama melalui jalan permuafakatan, toleransi dan ‘penggantian beri-memberi atau quid pro quo.

No comments:

PEMBAHARUAN SISTEM PENDIDIKAN TRADISIONAL ISLAM DAN GERAKAN ISLAMISASI ILMU

PEMBAHARUAN SISTEM PENDIDIKAN  TRADISIONAL ISLAM DAN GERAKAN ISLAMISASI ILMU                    Oleh Prof Madya Dr. Abdul Halim Ram...