Thursday, July 31, 2008

Kadang kala sukar untuk kita memahami pemikiran dan percaturan ahli politik. Pandangan dan pendekatan mereka kadang kala sukar diramal. Setiap keputusan yang hendak dibuat, mesti dilakukan dengan berhati-hati sambil melihat apakah kepentingan setiap keputusan itu kepada parti politik yang mereka wakili dan tidak merugikan mereka. Setiap keputusan yang dibuat juga mesti dihalusi terlebih dahulu, diperbincangkan pada peringkat parti, kepimpinan, mencari konsensus dari semua peringkat kepimpinan sebelum ia diterima. Mereka sentiasa berada dalam keadaan waspada sama ada tawaran dari pihak lawan adakah merupakan satu perangkap atau strategi untuk melemah, memecah atau memberi kemenangan antara dua pihak. Justeru, mereka kadang kala berada dalam keadaan mempersoalkan, mengukur keikhlasan pihak lawan dan menguji kejujuran mereka supaya keputusan yang hendak dibuat adalah benar-benar menguntungan perjuangan mereka. Premis ini mungkin ada benarnya melihat kepada perkembangan semasa isu muqabalah dan kerjasama UMNO-PAS . Tetapi bagi seorang yang bukan ahli politik, kerajasama antara UMNO dan PAS sesuatu yang sangat ditunggu-tunggu dan menjadi kenyataan demi kepentingan Islam dan ummah di negara ini. Walaupun apa alasan sekalipun, perpaduan adalah tuntutan agama. Sukar sangatkah untuk kita duduk semeja untuk membicara dan menyelesaikan masalah umat sedangkan kita boleh bertoleransi, berbincang dan meraikan perbezaan pandangan dan dasar perjuangan dengan mereka yang bukan Islam sedangkan kita sesama Muslim sering berantakan!.

1 comment:

Dziauddin said...

Ramai orang boleh bercakap pasal surah Al'Asr, tapi berapa ramai yang boleh dtg ke kelas tepat jam 8.00 pagi atau sebelum itu? (Sekadar contoh mudah/paling dekat)Hakikatnya ustaz..the word is cheap but the practice is so expensive..

PEMBAHARUAN SISTEM PENDIDIKAN TRADISIONAL ISLAM DAN GERAKAN ISLAMISASI ILMU

PEMBAHARUAN SISTEM PENDIDIKAN  TRADISIONAL ISLAM DAN GERAKAN ISLAMISASI ILMU                    Oleh Prof Madya Dr. Abdul Halim Ram...