Sunday, October 31, 2010
Hari Ke 10
Monday, October 25, 2010
Melawat Kew Royal Botanic Garden
Sunday, October 24, 2010
Terima kasih Rafizan dan Nadiah
Rafizan dan Nadiah, suami isteri merupakan pensyarah UiTM yang sedang mengikuti pengajian PhD di Imperial College, London dalam bidang kejuteraan. Sebelum ini saya tidak mengenali beliau. Saya hanya mengenali beliau ketika di London melalui adik ipar. Beliau menghatar mesej menjemput kami ke rumahnya di South Kesington untuk makan tengah hari. Terima kasih kerana bersusah payah untuk kami. Moga Allah memudahkan perjalanan anda bagi mendapatkan ijazah PhD.
Saturday, October 23, 2010
Hari Keempat di Kew
Hari ini masuk hari kelima berturut-turut pergi ke National Archives. Peluang yang ada digunakan semaksimum mungkin merakamkan dokumen yang berkaitan dengan tajuk penyelidikan. Dokumen-dokumen tersebut dahulunya adalah sulit tetapi telah declassifed. Memang menarik untuk dianalisa dan banyak penulisan boleh dibuat melaluinya. Maklumat-maklumat yang ada memang lengkap, walaupun kadang kala analisanya mengikut pandangan penjajah. Maklumat yang lengkap dan tersusun di Arkibnya memperlihatkan ketinggian budaya ilmu, kesukaan mencatatkan apa juga perkembangan semasa pada setiap zaman dan manifestasi bangsa yang menghargai sejarah.
Wednesday, October 20, 2010
Hari Pertama di National Archives
Saya mula memasuki Arkib Nasional semalam (Selasa), kerana hari Isnin rupanya ia tutup. Bermula dengan mendaftar menjadi ahli secara online dan kemudian mengambil kad di kaunter. Sistem maklumatnya sangat teratur dan sistematik. Sangat mudah untuk mendapatkan maklumat, tidak perlu menunggu masa yang lama. Bahan boleh dirakam melalui Kamera atau fotostet. Semalam saya sudah merakam lebih dari 800 maklumat, berkisah perkembangan politik di Malaysia dari tahun 1967 hingga 1969 yang dicatat secara terperinci dalam fail FCO (ada fail sulit, kemudian baru dibuka). Kepuasan terasa apabila mendapat maklumat yang diperlukan, lebih-lebih lagi fail yang baru dibuka untuk diacces. Hari ini (Rabu) tak sabar ke sana, untuk terus meneroka. Di sini, kebanyakan golongan yang datang adalah terdiri dari golongan tua yang saya perhatian sangat tekun dan serius membuat penyelidikan.
Tuesday, October 19, 2010
Selamat sampai ke London
Inilah pertama kali saya sampai ke London setelah menempuh perjalanan selama 13 jam berada di dalam kapal terbang. Tidak kerana nak cari bahan PhD, maka tak akan saya sampai ke sini. Saya bersama kawan, Ali Hanifah langsung tidak mempunyai pengalaman kehidupan di sini. Banyak persoalan berlegar dalam kotak pemikiran bagaimana keadaan kami di sini nanti. Kami sampai ke Heatrow sekitar pukul 4.30 petang. Lantas jalan paling mudah mengambil teksi pergi ke hotel yang berhampiran lapangan terbang untuk transit sementara sebelum pergi ke Kew untuk penginapan selama 22 hari di sini. Hari Sabtu (16hb.) kami selamat sampai ke rumah Jeanny. Beliau duduk bersendirian. Sudah berumur, kelihatannya tidak berapa sihat. Beliau memberikan kami beberapa panduan untuk diikuti.
Dari Hotel kami menaiki teksi dengan bayaran 30 pound. Setelah mencari dalam masa yang lama, akhirnya kami sampai juga ke rumahnya. Menyewa sebuah bilik yang telah kami tempah melalui internet. Di sini, komunitinya kebanyakan adalah Mat Saleh. Jarang berjumpa dengan orang Asia di sini, kecuali beberapa orang India yang berkerja di kedai dan stesyen minyak. Justeru itu, memang tidak ada langsung restoren halal.
Selama dua hari, kami langsung tidak makan nasi, hanya makan roti menyebabkan perut berkeroncong. Jeanny menasihatkan kami, mengubah ke cara permakanan England. Beliau ada menyiapkan minuman pagi. Badan mula rasa lemah menyebabkan kami membuat keputusan untuk ke Kota London pada hari Ahad, kerana di sana memang banyak restoren makanan halal terutama di Oxford Street yang juga dikenali sebagai Arab Street. Masalah besar bagi kami adalah untuk ke sana. Kew Garden terletak agak jauh dari tengah London, perlu menaiki train kerana murah berbanding menaiki teksi yang sememangnya mahal. Kami tiada pilihan, kena pergi juga ke sana bagi mendapatkan kekuatan fizikal, lebih-lebih lagi kami berada di sini selama 22 hari. kami berjalan kaki dari rumah penginapan ke station Kew agak jauh juga. Mujur cuaca sejuk tidak terasa keletihan. Di station Kew, kebetulan kami berjumpa dengan sepasang suami isteri yang datang ke sini dari kota London untuk melawat Kew Garden. Kami berkenalan dengan mereka yang sungguh peramah dan beriya-iya membantu dan menunjukkan cara bagaimana ke kota London. Beliau mengajar kami cara menaiki train kerana inilah pembelajaran yang paling penting di sini, kerana kereta api adalah pengangkutan awam yang utama dan murah. Semasa dalam perjalanan kami berbual panjang. Saya agak beliau bukan orang sebarangan. Memang tekaan saya betul, beliau seorang bergelar Dato' yang sudah 20 kali ke London. Beliau dan isteri membawa saya ke sebuah restoren yang menyediakan makanan Melayu. Beliau belanja kami makan dan membawa kami berjalan-jalan. Jutaan terima kasih kepada Dato' Anwar Shamsuddin dan isteri kerana mengajar kami satu pengalaman yang tidak kami lupakan sampai bila-bila. Kata beliau, pengalaman yang dia ajarkan tiada dalam buku.
Subscribe to:
Posts (Atom)
PEMBAHARUAN SISTEM PENDIDIKAN TRADISIONAL ISLAM DAN GERAKAN ISLAMISASI ILMU
PEMBAHARUAN SISTEM PENDIDIKAN TRADISIONAL ISLAM DAN GERAKAN ISLAMISASI ILMU Oleh Prof Madya Dr. Abdul Halim Ram...
-
Menurut kamus Oxford Advanced Learner’s, materialisme bererti teori-teori atau kepercayaan bahawa material sahaja yang wujud. Manakala menu...
-
Teori Pemilihan Kerjaya Terdapat pelbagai teori kerjaya yang telah dibangunkan yang menjadi asas pengkaji dalam kajian mereka terhadap bidan...
-
PENDAHULUAN Usaha untuk membina tamadun manusia perlu satu pendekatan yang holistik dan sepadu. Tamadun manusia tidak boleh hanya dibina di ...