Sunday, October 31, 2010

Hari Ke 10

Hari ini masuk hari ke 10 saya bersama Ali ke PRO, National Archives, Kew Garden. Hampir 100 fail diselongkar mulai dari tahun 1945 hingga 1971. Lebih dari 5000 item telah direkodkan melalui kamera. Mujur sistem di sini membolehkan para penyelidik mengambil gambar fail, surat dan dokumen berkenaan dengan skop kajian. Kalau tidak jenuh menulis dan mungkin tak tertulis. Terlalu banyak maklumat yang perlu dianalisa dan bernilai bagi membentuk satu perspektif baru sejarah yang tidak hanya berasaskan bacaan sumber kedua tetapi sumber primer yang membekalkan fakta dan data yang original. Berasaskan data yang didapati, perspektif saya mengenai sejarah negara makin meluas dan dapat memahami secara mendalam perkembangan sejarah negara yang telah menempuhi berbagai peristiwa sejarah bagi menuju ke hadapan. Walaupun menghadapi sedikit kesukaran namun keayikan meneroka dan mendapatkan fakta baru menjadi penawar. Saya perhatikan kebanyakan penyelidik yang datang ke sini semuanya sudah tua-tua, tetapi menunjukkan minat yang mendalam dalam penyelidikan mereka. Mereka melakukan dengan penuh minat dan keghairahan untuk meneroka sesuatu. Tak nampak satu saatpun dari masa mereka di sini dibazirkan. Terlalu jauh berbeza dengan masyarakat kita....

No comments:

PEMBAHARUAN SISTEM PENDIDIKAN TRADISIONAL ISLAM DAN GERAKAN ISLAMISASI ILMU

PEMBAHARUAN SISTEM PENDIDIKAN  TRADISIONAL ISLAM DAN GERAKAN ISLAMISASI ILMU                    Oleh Prof Madya Dr. Abdul Halim Ram...