Pada t
anggal 13 Mac hingga 23 Mac 2010, saya bersama isteri sekali lagi diberi kesempatan oleh Allah untuk mengerjakan ibadah umrah. Kali ini, saya bersama rombongan seramai 131 orang telah transit sehari di Karachi, Pakistan. Kesempatan yang ada dibawa melawat beberapa tempat bersejarah di Karachi sambil membeli belah terutama barangan kulit yang jauh le
bih murah berbanding di negara ini. Karachi adalah bandar yang terlalu sesak dengan manusia, hampir 26 juta manusia mendiami bandar ini. Hampir menyamai jumlah populasi Malaysia. Kesesakan bandar ini ditambah dengan sistem perbandaran yang tidak teratur, hiruk pikuk dengan manusia dan masyarakatnya yang masih tidak menjaga kebersihan. Di sebuah
bazaar yang sempat kami lawat, sampah sarap terdapat di sana sini tanpa dikutip. Kami berjalan dalam timbunan sampah sarap di celah-celah bangunan hingga sampah sarap bergantungan di dinding-dinding bangunan bazar tersebut.Kami sempat juga dibawa melawat masjid al-Tooba yang siap dibina pada tahun 1969, hasil rekaan arkitek terkenal Pakistan Dr. Babar Hameed. Keunikan masjid ini ialah binaannya yang tidak bertiang, dibuat dari batu-batu jed dan suara imam boleh didengar di keseluruhan masjid tanpa menggunakan pembesar suara. Masjid ini boleh menampung kira-kira 5000 orang jemaah dalam satu-satu masa. Kami juga dibawa melawat makam pengasas negara Pakistan. Makamnya terletak di satu kawasan yang luas dikunjungi oleh ramai rakyat Pakistan. Berada sehari di Karachi agak merimaskan kerana mereka suka meminta tips dalam setiap urusan yang hendak dibuat. Hatta masuk tandaspun mereka minta tips. Mereka amat suka berurusan dengan menggunakan ringgit Malaysia berbanding mata wang mereka sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PEMBAHARUAN SISTEM PENDIDIKAN TRADISIONAL ISLAM DAN GERAKAN ISLAMISASI ILMU
PEMBAHARUAN SISTEM PENDIDIKAN TRADISIONAL ISLAM DAN GERAKAN ISLAMISASI ILMU Oleh Prof Madya Dr. Abdul Halim Ram...
-
Menurut kamus Oxford Advanced Learner’s, materialisme bererti teori-teori atau kepercayaan bahawa material sahaja yang wujud. Manakala menu...
-
Teori Pemilihan Kerjaya Terdapat pelbagai teori kerjaya yang telah dibangunkan yang menjadi asas pengkaji dalam kajian mereka terhadap bidan...
-
PENDAHULUAN Usaha untuk membina tamadun manusia perlu satu pendekatan yang holistik dan sepadu. Tamadun manusia tidak boleh hanya dibina di ...
No comments:
Post a Comment