Friday, May 15, 2009

Genap setahun

Hari ini genap satu tahun blog ini wujud di alam siber bagi memberi sedikit sumbangan kepada pembaca bagi menambahkan pengetahuan mereka. Blog ini lebih bersifat akademik, kadang kala menghidangkan bacaan ringan yang dipaparkan sebegitu untuk bacaan santai yang mengandungi unsur pengajaran. Namun saya lebih suka menulis berasaskan fakta-fakta yang diambil dari pembacaan dari pelbagai sumber yang boleh digunakan oleh kelayak dalam pencarian maklumat mereka. Apa yang saya tulis dalam Blog ini tidaklah semestinya mengambarkan ideologi saya. Fakta-fakta sejarah yang saya tulis dalam Blog ini terpulanglah kepada kelayak pembaca untuk membuat interprestasi mereka sendiri. Namun kecederungan saya menulis banyak mengenai sejarah negara berkait rapat dengan bidang pengajian PhD saya. Sebenarnya banyak perkara yang hendak saya kongsi dengan pembaca hasil dari pembacaan dan kajian terhadap dokumen-dokumen sejarah yang saya perolehi dari Arkib Negara Malaysia, tetapi ia tidak boleh saya muatkan dalam blog ini. Akhirnya, saya berdoa kepada Allah agar terus memberi kekuatan dan ilham untuk saya terus menulis dalam Blog ini untuk berkogsi ilmu dan memperkasa akal budi...

2 comments:

nurhuda_cahayapetunjuk said...

Assalamualaikum..

Selamat Hari Guru kepada Ustaz..

Terima kasih atas ilmu yang diberikan. Semoga ustaz diberikan kesihatan dan berjaya di dunia dan akhirat. Semoga ustaz sekeluarga diberkati oleh Allah selalu.

Unknown said...

Assalamualaikum...

Di harap Prof dapat memberikan input berkaitan dengan 20 perkara yang
Di minta oleh sabah dan sarawak semasa menyertai Persekutuan Malaysia.
Al-maklumlah, sekarang ini semua orang bercerita dan memperkatakan
slogan tentang “1 Malaysia :rakyat di dahulukan, pencapaian di utamakan."
Sebab kami, warga negara Malaysia dari semenanjung yang menetap di Sarawak
merasakan ada 2 Malaysia bukannya 1 Malaysia seperti yang di laungkan oleh
Perdana Menteri Malaysia. Saya bukannya dari parti pembangkang tapi kesian
melihat pakcik-pakcik yang telah pencen (berkahwin dengan rakyat tempatan)
dan tua terpaksa memandu selama 3 jam Semata-mata untuk pengecop pasport
perjalanan terhad bagi memastikan beliau Mematuhi undang-undang untuk tinggal
sementara di tanah Sarawak. Mungkin, Prof boleh jadikan ia sebagai salah
satu bahagian dalam penyelidikan PhD kerana ini melibatkan Integrasi National.
Mungkin, Pemimpin Negara terlepas pandang masalah ini dan satu kajian menyeluruh
Perlu di lakukan, jika tidak Sarawak akan terlepas ke tangan Pembangkang pada
Pilihanraya Negeri Sarawak yang di jangka pada tahun hadapan.

PEMBAHARUAN SISTEM PENDIDIKAN TRADISIONAL ISLAM DAN GERAKAN ISLAMISASI ILMU

PEMBAHARUAN SISTEM PENDIDIKAN  TRADISIONAL ISLAM DAN GERAKAN ISLAMISASI ILMU                    Oleh Prof Madya Dr. Abdul Halim Ram...