Tuesday, October 19, 2010

Selamat sampai ke London



Inilah pertama kali saya sampai ke London setelah menempuh perjalanan selama 13 jam berada di dalam kapal terbang. Tidak kerana nak cari bahan PhD, maka tak akan saya sampai ke sini. Saya bersama kawan, Ali Hanifah langsung tidak mempunyai pengalaman kehidupan di sini. Banyak persoalan berlegar dalam kotak pemikiran bagaimana keadaan kami di sini nanti. Kami sampai ke Heatrow sekitar pukul 4.30 petang. Lantas jalan paling mudah mengambil teksi pergi ke hotel yang berhampiran lapangan terbang untuk transit sementara sebelum pergi ke Kew untuk penginapan selama 22 hari di sini. Hari Sabtu (16hb.) kami selamat sampai ke rumah Jeanny. Beliau duduk bersendirian. Sudah berumur, kelihatannya tidak berapa sihat. Beliau memberikan kami beberapa panduan untuk diikuti.
Dari Hotel kami menaiki teksi dengan bayaran 30 pound. Setelah mencari dalam masa yang lama, akhirnya kami sampai juga ke rumahnya. Menyewa sebuah bilik yang telah kami tempah melalui internet. Di sini, komunitinya kebanyakan adalah Mat Saleh. Jarang berjumpa dengan orang Asia di sini, kecuali beberapa orang India yang berkerja di kedai dan stesyen minyak. Justeru itu, memang tidak ada langsung restoren halal.
Selama dua hari, kami langsung tidak makan nasi, hanya makan roti menyebabkan perut berkeroncong. Jeanny menasihatkan kami, mengubah ke cara permakanan England. Beliau ada menyiapkan minuman pagi. Badan mula rasa lemah menyebabkan kami membuat keputusan untuk ke Kota London pada hari Ahad, kerana di sana memang banyak restoren makanan halal terutama di Oxford Street yang juga dikenali sebagai Arab Street. Masalah besar bagi kami adalah untuk ke sana. Kew Garden terletak agak jauh dari tengah London, perlu menaiki train kerana murah berbanding menaiki teksi yang sememangnya mahal. Kami tiada pilihan, kena pergi juga ke sana bagi mendapatkan kekuatan fizikal, lebih-lebih lagi kami berada di sini selama 22 hari. kami berjalan kaki dari rumah penginapan ke station Kew agak jauh juga. Mujur cuaca sejuk tidak terasa keletihan. Di station Kew, kebetulan kami berjumpa dengan sepasang suami isteri yang datang ke sini dari kota London untuk melawat Kew Garden. Kami berkenalan dengan mereka yang sungguh peramah dan beriya-iya membantu dan menunjukkan cara bagaimana ke kota London. Beliau mengajar kami cara menaiki train kerana inilah pembelajaran yang paling penting di sini, kerana kereta api adalah pengangkutan awam yang utama dan murah. Semasa dalam perjalanan kami berbual panjang. Saya agak beliau bukan orang sebarangan. Memang tekaan saya betul, beliau seorang bergelar Dato' yang sudah 20 kali ke London. Beliau dan isteri membawa saya ke sebuah restoren yang menyediakan makanan Melayu. Beliau belanja kami makan dan membawa kami berjalan-jalan. Jutaan terima kasih kepada Dato' Anwar Shamsuddin dan isteri kerana mengajar kami satu pengalaman yang tidak kami lupakan sampai bila-bila. Kata beliau, pengalaman yang dia ajarkan tiada dalam buku.








































































































4 comments:

imfisol said...

ASM
Semoga dapat banyak maklumat di PRO. Penulisan buku dengan YAPIEM spt yang kita bincang dulu akan berjalan tidak lama lagi.Harap enta ada masa dicelah-celah kesibukan. Selamat di sana dan selamat kembali. Dr Pisol

Dziauddin said...

buat apa ustaz kat sana? cari bahan kat library sana ke?

ABDUL HALIM BIN RAMLI said...

pergi ke Arkib Nasional atau dikenali juga sebagai Public Record Office. Mencari dokumen sejarah yang terdapat di situ berkenaan Malaya, terutama yang ada hubungan rapat dengan kajian yang dijalankan.

Anonymous said...

Salam.
Alhamdulillah, selamat sampai. Banyak kelebihan orang bermusafir ni. Moga Allah permudahkan semua urusan dan objektif tercapai. Balik nanti boleh kongsi dengan kami di VS.
Wassalam.

PEMBAHARUAN SISTEM PENDIDIKAN TRADISIONAL ISLAM DAN GERAKAN ISLAMISASI ILMU

PEMBAHARUAN SISTEM PENDIDIKAN  TRADISIONAL ISLAM DAN GERAKAN ISLAMISASI ILMU                    Oleh Prof Madya Dr. Abdul Halim Ram...