Thursday, November 4, 2010

Hari Terakhir di National Archives


Besok hari Khamis (4 Nov) hari terakhir kami di National Archives, Kew, sebelum berangkat pulang ke tanah air pada hari Jumaat dan sampai pada hari Sabtu. Semoga Allah melindungi kami dari kemudaratan dan memudahkan perjalanan. Selama 22 hari kami di Kew, banyak cabaran dilalui. Minggu terakhir di Kew, kami gagahi juga mencari dokumen yang diperlukan, walaupun kadang-kadang macam nak 'muntah' mengambil gambar demi gambar fail bagi dianalisa setelah balik nanti. Terima kasih kepada sahabat saya, Ali Haniffah, seorang guru dari Kuala Lipis, Pahang kerana saling membantu dan sama-sama mengharungi susah senang dalam kembara ilmu ini. Saya doakan beliau berjaya dalam pengajian PhDnya.

Monday, November 1, 2010

Melawat Westminster


Hari ini dalam perjalanan ke Central London untuk makan tengah hari singgah sebentar ke Westminster untuk melihat-lihat tempat menarik di sana. Bagaimanapun, hujan renyai-renyai membataskan perjalanan. Kami hanya sempat melawat Bunkingham Palace.

PEMBAHARUAN SISTEM PENDIDIKAN TRADISIONAL ISLAM DAN GERAKAN ISLAMISASI ILMU

PEMBAHARUAN SISTEM PENDIDIKAN  TRADISIONAL ISLAM DAN GERAKAN ISLAMISASI ILMU                    Oleh Prof Madya Dr. Abdul Halim Ram...